Nasional

Cadangan dua kementerian berhubung kluster tapak pembinaan, cuti sekolah – Ismail Sabri

KEMENTERIAN Sumber Manusia diminta tampil dengan cadangan untuk memantau pekerja asing di sektor pembinaan dan sektor-sektor lain termasuk kilang. Cadangan ini ekoran daripada kluster yang wujud daripada tapak pembinaan iaitu sebanyak 432 kes di sekitar Lembah Klang.

Menteri Kanan Kluster Keselamtan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakbo berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita dalam sidang akhbar berhubung PKP hari ini.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan akan memperketatkan lagi operasi pemantauan dan di kilang-kilang.

“Keputusan awal PKPP dulu iaitu saringan wajib mesti dilakukan ke atas pekerja warga asing di sektor pengawal keselamatan kerana ada kes waktu itu dan di tapak binaan.

“Kes berkurangan dan sekarang, berlaku semula. Oleh itu, wajib sektor atau tapak binaan dan pengawal keselamatan dibuat saringan semula,” katanya.


Beliau juga memberitahu, pada mesyuarat yang diadakan pagi tadi, KKM masih berbincang dengan Kementerian Sumber Manusia untuk melihat secara menyeluruh, apakah langkah-langkah yang patut dilakukan untuk memperketatkan lagi pekerja warga asing di sektor pembinaan dan pengawal keselamatan dan pekerja lain.

“Pagi tadi mesyuarat jawatankuasa teknikal jumlah pekerja warga asing di Malaysia dengan 1.7 juta. Dengan jumlah yang ramai ini, ujian saringan atau swap test dilakukan untuk mendapatkan keputusan tentang mereka.

“Persoalannya, siapa yang nak bayar. Perkeso? Difahamkan 1 juta lebih daripada 1.7 juta pencarum Perkeso.

“Boleh beri bantuan dan subsidi RM150 seorang. Baki siapa bayar?,” kata Ismail Sabri sambil menambah, persoalan itu dibincangkan dan dibangkitkan dalam mesyuarat.

Beliau berkata, pemantauan terhadap warga asing yang bukan sahaja tinggal di asrama disediakan oleh majikan tetapi juga mereka yang tinggal di rumah-rumah sewa dan berselerak.

Katanya, bagaimana pemantaun dibuat?

“ Tak tau. Jadi kita minta Kementerian Sumber Manusia agar memberi cadangan terperinci. Perlu pastikan pekerja asing tidak bawa tular penyakit kerana agak bahaya mereka ini.

“Kalaud dalam satu rumah tinggal antara 20 ke 30 orang, itu memang bahaya. Jadi, kita tengok caranya dan perlu dijalani saringan,” kata beliau.

Secara logiknya, ujar Ismail Sabri, mana mungkin boleh disekat pergerakan mereka (pekerja warga asing).

“Mereka terus keluar. Kita tak tau status, keluar beli barang, keluar pergi ke restoran nak makan dan sebagainya. Akhirnya berlaku jangkitan.

“Bagaimana nak kawal pergerakan mereka supaya dapat kawal mereka daripada menjangkiti komuniti yang lain?

“Ya, kita bercadang untuk memperketatkan pemantauan terhadap pekerja binaan dan sektor industri yang lain,” tegas Ismail Sabri.

Menjawab satu lagi soalan pemberita berhubung isu cuti sekolah panjang akan bermula tidak lama lagi, apakah para guru dibenarkan balik kampung?

Jawab Ismail Sabri: “Kita sedar cuti sekolah yang panjang dan sesi permulaan persekolahan akan bermula pada Januari tahun depan.

“Guru-guru yang ingin pulang ke kampung, rentas negeri, ada pengecualian. Mereka dibenarkan, boleh tetapi atas kebenaran polis. Guru-guru boleh jumpa polis.

“Kalau berkeluarga atau PPJJ. Kita benarkan tetapi syaratnya, jumpa dengan polis. PJJ lebih mudah. Bagitau nak balik jumpa isteri dan anak-anak. Yang penting jumpa polis,” jelas beliau.

Dalam masa yang sama, kata Ismail Sabri lagi, Menteri Pendidikan atau Kementerian Pendidikan boleh berunding dengan polis untuk memudahkan guru-guru agar boleh balik ke kampung masing-masing kerana cuti panjang.

Jelas beliau, jika guru itu bertugas di Sabah, mereka tidak perlu berada di Sabah semasa cuti sekolah dan mahu balik  ke Semenanjung, boleh dibincang dengan polis.

Atau antara kementerian dengan PDRM atau individu boleh mohon kebenaran pulang ke kampung, katanya.

Sama juga dengan guru-guru di Semenanjung yang hendak balik ke Sabah, kata Ismail Sabri. – SM

(Visited 87 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button