Nasionalpilihan

Bapa dan anak terlibat sindiket pengedaran dadah, rampasan lebih RM1.2 juta

POLIS merampas dadah bernilai lebih RM1.2 juta daripada sindiket pengedaran dadah yang didalangi seorang lelaki dan anaknya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sahar Abd Latif berkata, selain kedua-dua suspek, turut ditahan ialah seorang lelaki dan dua wanita warga asing.

“Serbuan dilakukan menerusi Ops Conglomerate kira-kira pukul 3.20 petang pada 4 Ogos lalu selepas risikan dilakukan selama sebulan.

“Ketua sindiket pengedaran dadah merupakan seorang lelaki berusia 55 tahun yang ditangkap bersama anak lelakinya yang berusia 29 tahun,” katanya.

Menurut Sahar, polis turut membuat serbuan di tiga lokasi berbeza di Pudu Ulu, Cheras, dan Puchong.

Jelasnya, hasil serbuan berjaya merampas beberapa dadah dengan jumlah keseluruhan bernilai RM1,282,943.

“Hasil siasatan awal mendapati terdaapat dua buat premis yang dijadikan sebagai tempat penyimpanan dadah dan disewa selama empat bulan dengan bayaran sewa berjumlah RM2,150 ke RM2,200 sebulan.

“Hasil ujian air kencing mendapati tiga suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan seorang daripadanya mempunyai rekod lampau berkaitan dadah,” katanya.

Ujarnya, kesemua suspek kini ditahan reman bermula semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 39(b) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tambahnya, jumlah keseluruhan rampasan dadah tersebut mampu menampung penggunaan sebanyak 21,520 orang penagih dadah. -SM

(Visited 193 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button