Nasional

YDP PBT, pegawai jangan asyik goyang kaki – Raja Emel

Air dan manusia berpisah tiada!

KEMPEN bagai nak rak! Tetapi masalah air tetap berlaku dan dihadap oleh penduduk negeri Selangor. Tidak kiralah duduk di mukim apa, daerah mana tetapi dalam Selangor juga.

Lawak seram atau lawak sinis memang sudah lama timbul apabila rakyat Negeri Selangor, sama ada secara konsisten atau pun secara berskala, keputusan bekalan air.

Ramai sudah tahu lawak yang sebegini:
Asal mane?
Selangor
Tak nampak macam orang selangor pun
Abistu ko nak aku letak
Baldi kosong atas kepala
Sambil tunggu lori tangki
Bawa air ke!!
Baru nak nampak macam
Orang Selangor?

Sinis tapi makan dalam lawak di atas! Isu bekalan air, air tak ada, air dipotong di Selangor sebenarnya siapa yang harus mengambil tanggungjawab ini?

Kalau mengikut hemat aktivis yang memperjuangakan hak rakyat, Mohd. Shahril Abdul Rani, Yang di-Pertua (YDP) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sepatutnya serisu memantau masalah air yang menyusahkan hidup rakyat Selangor hari ini.

“YDP PBT buat apa? Mereka ini boleh sahaja secara serius memantau kawasan masing-masing yang terdapat sungai atau punca air untuk diproses daripada air mentah kepada pengguna.

“Kelompok YDB PTB inilah juga yang boleh secara serius, membantu agens-agensi yang berkaitan dengan air, memantau aktiviti kilang haram yang beroperasi,” kata Mohd. Shahril yang juga terkenal sebagai Raja Emel dalam kalangan masyarakat.

Beliau berkata, biarpun ada sejuta undang-undang yang digubal di Malaysia tetapi sekiranya penguatkuasaan yang lemah, itu adalah satu kegagalan.

“Penguatkuasa PBT juga lemah. Mereka tidak bertindak agresif terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab, mencemari sungai atau punca-punca air.

“Kita mahu lihat pihak penguatkuasa PBT bertindak keras, bukannya acuh tak acuh terhadap mereka yang bukan sahaja berani tetapi sewenang-wenangnya melalukan pencemaran dengan membuang segala bahan toksid ke dalam sungai atau mengalirkan sisa-sisa toksik ke sungai,” tegas Raja Emel.

Katanya lagi, jarak pembinaan sesebuah bangunan atau kilang atau apa sahaja bangunan, perlu mematuhi syarat dan undang-undang.

Syarat dan undang-undang perlu diperketatkan lagi termasuk sistem perparitan yang perlu disemak semula supaya air dan sumber air yang mempunyai unsur-unsur tidak selamat, tidak dilepaskan ke dalam sungai tetapi melalui sistem kumbahan yang berteknologi tinggi.

“Sekiranya mereka yang merasakan diri menjawat jawatan sebagai YDP PBT memantau secara konsisten, di mana adanya sungai untuk memproses air mentah masih lagi berulang kes-kes pencemaran maka tindakan tegas perlu diambil terhadap YDP berkenaan.

“Mengapa saya katakan begitu? Kerana mereka gagal dalam menjalankan tugas dan amanah. Kalau tindakan sebegini diambil, saya percaya, Negeri Selangor boleh mencapai negeri maju dan tidak selalu berulang kes bekalan air dipotong,” kata Raja Emel.

Beliau berkata, bukanlah mahu bertindak ekstrim tetapi di negara-negara maju dunia, mereka yang gagal menjalankan atau melunaskan tugas dan tanggungjawab, akan melepaskan atau letak jawatan.

Kempen kesedaran tentang sayangi sungai kita di kalangan rakyat Malaysia juga perlu dipertingkatkan kerana kesedaran itu agak kurang, kata beliau.

Justeru tidak akan cukup dengan berkempen sahaja jika penguatkuasaan masih di takuk lemah.

Dalam hal begini, kata Raja Emel, pendekatan yang digunakan ialah umumkan sungai yang tercemar di bawah kawasan penyeliaan YDP PBT mana?

“Cukup sudah agaknya berkempen. Sudah tiba masanya diumumkan kepada khalayak kawasan sungai mana yang tercemar dan sepatutnya di bawah seliaan siapa.

“Kalau pendekatan sebegini, mungkin akan timbul rasa malu dan paling utama, tanggungjawab kerana sampai bilapun masalah air di negeri Selangor ini tidak akan selesai,” kata Raja Emel.

Pihak Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) perlu mengambil langkah bekerjsama bagi memantau sungai yang tercemar, kata Raja Emel lagi.

“Yang penting, sungai yang digunakan untuk menyalur dan memproses air mentah untuk kegunaan pengguna, terhindar daripada dicemari.

“Jangan hanya apabila timbul masalah pencemaran yang kronik barulah pegawai-pegawai nak turun padang tetapi sentiasalah bersikap memantau biar sekalipun kerja pemantauan itu terpaksa dilakukan 24 jam sehari,” katanya.

Bekalan Air Selangor juga disarankan oleh Raja Emel, bekerjasama rapat dengan JPS, PBT dan JAS dan sekiranya sungai tercemar, lakukanlah siasatan dengan terperinci, ujar beliau.

“Cari punca mengapa sungai itu boleh tercemar dan pegawai yang diberi tanggungjawag juga disiasat untuk mengetahui apakah masalahnya.

“Pengusaha kilang-kilang haram mesti dikenakan tindakan yang amat tegas dan denda yang akan membuatkan mereka tidak mampu untuk melakukan pencemaran sungai lagi.

“Sungai adalah diwarisi, kalau hari ini kita semua lalai, generasi selepas kita akan menangis!,” kata beliau. – SM

(Visited 528 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button