BeritaNasionalNegeriPendidikan

Raja Muda berkenan lawat Kementerian Pendidikan dan Sukan Laos

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan melawat Kementerian Pendidikan dan Sukan Laos di Vientiene sempena Program Jelajah Ilmu Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) edisi ke-16.

Keberangkatan Baginda bersama delegasi disambut oleh Menteri Pendidikan dan Sukan Laos, Prof Madya Dr Phout Simmalavong.

Hadir sama Duta Besar Malaysia ke Laos, Mohd Aini Atan dan Naib Canselor UniMAP, Prof Dr Zaliman Sauli.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Cancelor UniMAP bertitah, UniMAP akan terus relevan melalui kolaborasi penyelidikan dan perkongsian inovasi bersama-sama dengan pihak industri dan juga komuniti.

“Malah UniMAP akan terus memberikan impak positif dalam menerokai dunia kini yang tidak bersempadan,” titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin dalam titahnya itu juga berharap usaha dan komitmen yang ditunjukkan sehingga kini dapat memperkukuh ikatan hubungan antara Malaysia dan Laos.

“UniMAP mengutamakan ‘impak’ atau ‘kejayaan’ sesuatu penyelidikan yang akan memberi manfaat kepada komuniti dan masyarakat sejagat secara amnya,” titah baginda. – SM

(Visited 298 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button