Ekonomi

Bursa dibuka lebih tinggi tetapi menurun selepas itu

Bursa Malaysia dibuka sedikit lebih tinggi tetapi menerun selepas itu kerana pelabur masih lagi aktif untuk terus mengambil untung menggunakan kaunter teknologi terpilih serta kaunter produk dan perkhidmatan pengguna.

Pada jam 9.15 pagi, penanda aras FBM KLCI telah turun 4.34 mata kepada 1,573.98 dari penutupan semalam pada 1,578.32.

Indeks dibuka 0.43 mata lebih baik pada 1,578.75.

Momentum pasaran adalah negatif, dengan kaunter rugi mengatasi untung 293 berbanding 173, sementara 321 kaunter tidak berubah, 1,378 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 428.69 juta unit bernilai RM191.08 juta.

Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas turun 21.18 mata kepada 11,501.47 dan Indeks FBMT 100 jatuh 21.33 mata kepada 11,189.04, dan FBM ACE turun 0.68 mata kepada 7,634.61.

Indeks FBM Emas Shariah merosot 22.40 mata kepada 12,645.90 tetapi FBM 70 naik 8.40 mata kepada 14,976.89.

Dari segi sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 19.87 mata kepada 15,288.31, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.19 mata kepada 192.47, dan Indeks Perladangan berkurang 11.01 mata kepada 6,522.41. – SM

(Visited 159 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button