EkonomiUncategorized

Dapatkan HONOR 50 hanya RM1 dengan pelan pascabayar Maxis

Telefon pintar vlog terbaik HONOR dengan ciri-ciri kamera yang hebat diminati ramai di Malaysia, kini peminat boleh mendapatkan HONOR 50 hanya RM 1, dengan Pelan Pascabayar 158 Maxis bermula 18 November ini.

HONOR 50 memberi pengalaman merakam vlog dalam satu tangkapan ke satu tahap yang baru, menjadikannya swafoto dan video yang terbaik dan menyeronokkan untuk dijadikan kenangan bersama rakan-rakan.

Anda kini boleh  merakam vlog dengan 6 mod vlog, pada masa sama tetap mampu menghasilkan kualiti foto yang jelas dan tajam. Kini dengan kuad kamera yang dinaik taraf, dilengkapkan lagi dengan kamera utama 108MP dan kamera depan 32MP, peminat HONOR 50 boleh merakam foto dan video dengan kejelasan ultra dan perincian yang cantik, walaupun pada waktu malam ketika pencahayaan terhad.

Terima kasih kepada bateri 4300mAh, HONOR 50 memiliki jangka hayat bateri yang lama, ditambah dengan 66W Pengecasan Pantas HONOR, sekaligus meningkatkan tahap bateri dari sifar ke 70% dalam masa 20 minit, jadi tidak perlu risau lagi masalah kehabisan bateri.

Cas telefon anda dengan mudah sebelah pagi, bersiap-siap untuk bekerja, nikmati secawan kopi dan sekeping roti, tahu-tahu saja HONOR 50 anda sudah dicas sepenuhnya! Tiada lagi Isnin yang muram kerana HONOR 50 dapat mengatasi masalah itu!

Untuk maklumat lanjut tentang cabaran TikTok, sila layari laman Facebook HONOR Malaysia www.facebook.com/HONORMY.

(Visited 125 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button