EkonomiGajetUlasan

Amazfit T-Rex Pro tawarkan ciri jam pintar mewah

Pelbagai jenama jam pintar memenuhi pasaran tempatan dari pelabagai gred yang murah sehingga ke jenama mewah.

Apa yang pasti jam pintar pelbagai guna menawarkan pelbagai ciri-ciri tertentu kepada para pembeli yang sudah pasti berhasrat untuk meneroka pelbagai ciri-ciri istimewa pada setiap model yang dibeli.

Tidak ketinggalan model jam pintar yang menjadi pilihan kepada penggemarnya ialah jenama Amazfit yang dimiliki oleh Zepp Health Corporation (Zepp Health). Di bawah jenama Amzafit ini, para penggemar boleh memilih pelbaga jenis model dari peringkat permulaan sehingga ke peringkat tertinggi.

Amazfit adalah satu daripada jenama yang disukai golongan muda di seluruh dunia yang menjalani gaya hidup aktif dan positif dengan mengikut fesyen dan teknologi terbaru.


Zepp Health merekodkan lebih 100 juta orang pengguna aktif bagi produknya termasuklah jam, gegelang, alat pendengaran telinga, peralatan kecergasan dan aksesori lain

Antara yang terkenal dengan jenama ini ialah model Amazfit T-Rex Pro, 1.3 inci dengan skrin AMOLED berdefinis tinggi (HD) dengan binaan dalaman empat Sistem Navigasi Satelit Global (Quad GNSS) di mana ia menyokong kedudukan darjah tepat.

Model T-Rex Pro ini lulus 15 pensijilian ketenteraan di mana jam pintar ini boleh mengharungi tahap suhu gurun yang panas, kelembapan hutan hujan dan ketahanan sejuk glacier. Malah ujian ketahanan tersebut membuktikan lagi ketahanan dan kelasakan jam pintar ini.

Jam ini juga turut menampilkan 100 mod sukan yang boleh mengesan dan memantau aktiviti kecergasan dengan menganalisis kadar denyutan jantung semasa bersenam, jarak perjalanan, kelajuan pergerakan, dan kadar pembakaran kalori dalam masa sebenar.

Selain itu T-Rex Pro ini juga menampilkan ciri-ciri seperti enjin AI di dalam peralatan pintar ini boleh memantau degupan jantung, mod senaman, tahap kepekatan oksigen, status tidur dan pernafasan ketika tidur yang memberikan gambaran lebih jelas tentang bagaimana keadaan badan ketika aktif atau ketika rehat.

Model T-Rex Pro direka untuk mereka yang menjalani gaya hidup luar yang aktif memandangkan ia menyokong empat Global Navigation Satellite Systems, 10 ATM kalis air, sistem pengukuran kepekatan oksigen dalam darah, penjejak cuaca, pemantau matahari naik dan turun, paparan fasa bulan semasa, kompas dan altimeter barometrik, bateri tahan lama sehingga 18 hari dengan penggunaan biasa, dan lebih 100 mod sukan berbeza.

Amazfit T-Rex Pro dikuasakan oleh sistem pengoperasian Zepp OS, menghubungkan peralatan pintar, data besar dan juga perkhidmatan pengurusan sukan dan kesihatan untuk memberikan pengalaman pengguna dan pengalaman memakai yang tersendiri.

Peralatan pintarnya dibuat khas untuk kegunaan harian ataupun di luar sama ada untuk kesihatan atau bersukan, termasuklah alat pendengaran sukan di telinga stereo tanpa wayar, mesin sawat injak pintar, skala komposisi badan pintar dan peralatan sukan.

Selain itu ciri lain yang lain termasuklah Bip U Pro yang direka khas untuk mereka yang mahukan gaya hidup lebih sihat dan aktif untuk kekal cergas ataupun menjaga badan.

Bip U Pro didatangkan dengan 50 muka jam untuk disesuaikan dengan mood dan pakaian atau pengguna boleh juga memuatnaik foto mereka untuk muka jam yang lebih tersendiri

T-Rex Pro ini didatangkan dalam tiga warna iaitu, hitam meterorit, biru keluli dan kelabu gurun dan dijual pada harga promosi sekarang, RM599.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.amazfit.com/en atau platform e-dagangan Amazfit bit.ly/Amazfit-MY-SHOPEE dan bit.ly/Amazfit-MY-Lazada.

(Visited 44 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button