NasionalParlimen

Bung Moktar bimbang rumah keduanya di KL berdepan banjir kilat, Shahidan bagi jawapan

LIMA BELAS tahun yang lalu Datuk Seri Bung Moktar tidak menjawap soalan dalam Parlimen tentang banjir kilat di Kuala Lumpur.

Hari ini dalam sesi Dewan Rakyat, Timbalan Ketua Menteri Sabah 1, Datuk Seri Bung Moktar mempersoalkan apakah jaminan Kuala Lumpur tidak akan berhadapan dengan banjir kilat di 25 hot spot.

Kata Bung Moktar, selain di Kinabatangan, beliau juga mempunyai rumah di Kuala Lumpur dan bajir kilat mendapat perhatian beliau.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim bangun menjawab bahawa Kuala Lumpur akan menjadi bebas banjir kilat dan kawasan Parlimen yang tidak dinaiki banjir kilat.

Ahli Parlimen Hannah Yeoh bangun mempersoalkan peletakan semula pegawai-pegawai Dewan Bandaraya bertugas di lokasi-lokasi banjir.

“Segambut, kita minta pegawai kembali bertugas di tempat masing-masing, Kita turun ke padang. Apa masalah YB? Kalau anak jantan, bangun sorang-sorang.

“Ini bukan zoo, (merujuk kepada Ahli Parlimen Batu (PH) yang menyampuk). Ini Parlimen. Kita tengok keadaan cuaca untuk kembali bertugas di tempat masing-masing.

“Menjaga 31 hot spot, kita guna orang, jentera, pam dan lain lain lagi jika berlaku hujan luar biasa, kita alir air ke sungai-sungai.

“Semasa saya bwa Hannah Yeoh melawat, banjir kilat bukan Kinabatangan, 15 minit, hilang,” kata Shahidan.

Cadangkan libat urus oleh Bung Mokhtar, diterima Shahidan. – SM

(Visited 445 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button