Nasional

MRA, Celcom Axiata santuni mahasiswa ketika PKP3.0

FASA Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP) kali ini memerlukan kerjasama lebih jitu dari badan kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha membendung serta memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 di negara ini.

Sehubungan itu, kerajaan telah memutuskan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan-kawasan yang berisiko tinggi di seluruh negara bagi mengawal wabak ini dari semakin berleluasa.

Presiden Malaysian Relief Agency (MRA), Dr. Mohd Daud Sulaiman berkata, universiti di Malaysia juga antara institusi yang terkesan dari usaha menangani wabak ini.

“MRA percaya rakyat Malaysia termasuk mahasiswa di universiti pasti menghadapi tekanan dan berdepan pelbagai cabaran seperti kekangan sumber pendapatan dan bekalan makanan pada waktu PKP 3.0 ini.

“Oleh itu, MRA dengan kerjasama Celcom Axiata Berhad telah mengambil inisiatif menyalurkan ‘Bantuan Siswa Prihatin’ iaitu pek tenaga dan pek kebersihan yang bernilai RM 240,000 kepada mahasiswa dan mahasiswi yang terperangkap di universiti sepanjang PKP dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Untuk rekod, MRA dan Celcom Axiata Berhad telah berjaya menghantar bantuan kepada 13 universiti di Malaysia iaitu setiap universiti menerima barangan yang bernilai RM 20,000.

Antara Universiti yang terpilih ialah Universiti Kuala Lumpur (uniKL), UTMSPACE kampus Johor, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Utara Malaysia (UUM), dan Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (uniSHAMS).

“Turut terpiliha, Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Sultan Zainal Abidin (uniSZA), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Malaysia Perlis (uniMAP).

“ Program ini dimulakan di Universiti Kuala Lumpur (uniKL) sebagai destinasi pertama sebelum ianya diteruskan ke Universiti lain,” katanya.

Tambah beliau, bantuan sumbangan yang merupakan pek makanan kering dan pek kebersihan asas seperti biskut, mi segera, pelitup muka, pensanitasi tangan serta sabun pencuci telah disumbangkan kepada 8,000 ribu pelajar iaitu sebanyak 666 pek siswa prihatin dengan bantuan MRA cawangan negeri.

“MRA berharap ia dapat mengurangkan sedikit kos yang ditanggung pelajar bagi menampung perbelanjaan harian mereka,” ujarnya.

Sepanjang PKP yang dilaksanakan sehingga kini, kata Dr. Mohd Daud lagi, MRA telah menyalurkan sumbangan sejumlah RM15 juta yang melibatkan sumbangan pek makanan serta barangan perubatan dan bukan perubatan untuk membantu mereka yang terjejas.

“MRA menzahirkan penghargaan terima kasih kepada penderma yang banyak menyumbang sebelum ini serta amat berbesar hati untuk menerima lebih banyak rakan kolaborasi dan sumbangan di masa hadapan.
“Pihak kami akan terus komited dalam membantu mereka yang memerlukan,” katanya.

Beliau juga berkata, MRA merayu kepada orang ramai untuk bersama-sama membantu dengan menyumbang ke akaun Malaysian Relief Agency – Maybank 5640 9820 6365.

Untuk maklumat lanjut mengenai program Malaysian Relief Agency (MRA), hubungi 03-9174 4672 atau layari laman web rasmi MRA www.mra.my dan ikuti perkembangan terkini MRA melalui media sosial MRA di Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube.  – SM

(Visited 344 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button