Berita

Boleh bersukan dan rekreasi semasa PKP

Mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) mempertimbangkan rayuan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk melihat semula keputusan mengenai SOP Sektor Sukan dan Rekreasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 7 hingga 20 Mei 2021.

Aktiviti sukan dan rekreasi yang dilakukan di kawasan terbuka tanpa bersentuhan fizikal seperti joging, berbasikal, senaman dan lain-lain dengan mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1.5 meter dan dilakukan di kawasan kejiranan atau terhad di mana-mana kawasan dalam daerah yang sama tertakluk kepada arahan kawalan pergerakan yang sedang berkuat kuasa; kini boleh dijalankan berkuat kuasa bermula 8 Mei 2021.

Kelonggaran-kelonggaran lain bagi sektor sukan dan rekreasi akan diperhalusi dalam Mesyuarat Teknikal MKN seterusnya.

YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican, Menteri Belia dan Sukan menzahirkan rasa terima kasih kepada ahli Sidang Khas MKN khususnya YAB Perdana Menteri yang telah memberi pertimbangan sewajarnya terhadap cadangan KBS.

Beliau turut menyeru para peminat dan penggiat sukan untuk terus melaksanakan aktiviti kecergasan dengan selamat sepanjang tempoh PKP ini.


“Kita masih lagi belum menang dalam melawan penularan COVID-19. Justeru, semua pihak hendaklah memainkan peranan yang lebih berkesan agar pelaksanaan PKP pada kali ini benar-benar mencapai matlamat yang dihasratkan” tambah beliau lagi.

(Visited 62 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button