BeritaNasional

Perkeso enggan lagi bantu pencarum?

“APA sudah jadi dengan Perkeso (Pertubuhan Keselamatan Sosial) sejak Malaysia ditadbir kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH)?”

Itu persoalan yang dibangkitkan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong.

Menurut Ka Siong, tindakan Perkeso kebelakangan ini amat berbeza dengan peranannya selama ini iaitu diwujudkan untuk membantu meringankan beban pencarum.

Berikut kenyataan penuh beliau:

Mungkin ramai yang membayangkan bahawa arahan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi mengenakan syarat baharu menafikan pencarum daripada rawatan dialisis percuma, akan diteliti atau ditarik balik.

Tetapi lihatlah respon Perkeso ini…

https://codeblue.galencentre.org/2020/02/03/with-rising-costs-socso-says-cant-be-sole-dialysis-provider/

😰😰

Saya rasa amat terkilan dan sedih dengan jawapan daripada Timbalan CEO Perkeso yang dilihat sudah hilang sifat penyayang dan tidak berperikemanusiaan ini.

Apa sudah jadi dengan Perkeso sejak Malaysia ditadbir kerajaan baharu Pakatan Harapan?

Sedangkan sebelum ini, Perkeso dilihat beroperasi dengan begitu baik.

Pada tahun 2017 misalnya iaitu sebelum PH ambil alih pucuk pemerintahan, Perkeso telah membuat bayaran faedah sebanyak RM3.2 bilion kepada penerima yang layak, meningkat daripada RM2.9 bilion pada 2016.

Sekian lama Perkeso sanggup bayar demi kebajikan warga pekerja dan kenapa tiba-tiba kebajikan pencarum diabaikan begitu sahaja di bawah Malaysia Baharu?

Apakah Perkeso kini hanya memikirkan soal keuntungan semata-mata?

Sudah lupa objektif sebenar Perkeso?

Sudah lupa bahawa berdirinya Perkeso hari ini adalah hasil sumbangan puluhan juta pencarum setiap bulan?

Sedarkah pihak Perkeso bahawa mereka yang pernah mencarum Perkeso terpaksa menjalankan rawatan serta-merta apabila mereka disahkan menghidap penyakit buah pinggang?

Sekiranya mereka tidak mampu, maka pencarum Perkesoitu akan mati akibat kekangan dana!

Kalau Perkeso minta badan lain pula menanggung kos rawatan dialisis bagi pesakit buah pinggang yang merupakan pencarum, saya anggap ia satu kenyataan yang sangat tidak bertanggungjawab.

Lihat Laporan Tahunan Perkeso 2017, mana mungkin 16,321 orang pencarum yang menjalankan rawatan dialisis yang menelan perbelanjaan RM215.81 juta (setakat 31 Disember 2017) akan memufliskan Perkeso? Ia sekadar 9.14 peratus daripada jumlah bayaran faedah kepada pencarum.

Takkan golongan profesional Perkeso tidak dapat mencari kaedah lain untuk menambah sumber kewangan Perkeso melalui pelaburan strategik yang membawa keuntungan?

Saya cadangkan mana-mana Ahli Lembaga Pengarah dan golongan profesional dalam Perkeso yang begitu prihatin tentang keuntungan supaya segera berundur dan menyertai syarikat GLC (syarikat milik kerajaan)yang memperolehi keuntungan besar dalam operasi perniagaannya.

Oh ya. Sehingga hari ini, Menteri Sumber Manusia M. Kulasegaran tidak membuat sebarang komen tentang isu ini. Kenapa Menteri berdiam diri? Sila baca Infografik Pendapatan & Perbelanjaan Perkeso setakat 31 Disember 2017, jelas menunjukkan bahawa pendapatan lebih daripada perbelanjaan. Apa maksudnya ?

Mana mungkin Perkeso muflis dan mengalami kerugian besar dalam Penyata Kewangannya? Mengarut saja!

Jangan lupa, Perkeso baru sahaja membelanjakan RM500 juta untuk membina sebuah pusat rehabilitasi yang canggih di kawasan Parlimen menteri iaitu di Ipoh Barat.

Kenapa misi menyelamatkan pencarum yang menghidap penyakit buah pinggang dipandang remeh?

Menteri Sumber Manusia jangan membisu lagi!

(Visited 318 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button