Berita

Raja Muda Perlis rasmi webinar Yayasan Tuanku Fauziah

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan merasmikan ”Pembukaan Webinar Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) – ’Women In Search of Excellence (WISE)’ bertajuk “Women In Entrepreneurship” pagi tadi.

Webinar bulanan sehari suntuk yang merupakan siri ke empat ianya diadakan tersebut pada kali ini dianjurkan oleh Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) dengan kerjasama YTF. Majlis penutupan akan disempurnakan oleh Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga merangkap Pengerusi Yayasan Tuanku Fauziah.

Dalam titah baginda, Tuanku Syed Faizuddin Putra menerangkan bahawa terdapat pelbagai program yang dianjurkan bagi membantu usahawan wanita menguruskan perniagaan mereka dengan baik dan terancang. Antaranya, program ‘Development of Women Entrepreneurship Initiative’ (DEWI), program Inkubator Keusahawanan Wanita (I-KEUNITA) dan program Inkubator Keusahawanan Wanita (I-KIT). Program-program ini sememangnya sangat membantu usahawan wanita dalam usaha memajukan lagi perniagaan mereka.

Baginda juga mengucapkan tahniah kepada pertubuhan-pertubuhan yang turut serta membantu usahawan wanita negara kita melalui program dan rangsangan yang sangat baik. Antaranya, Mykasih Kapital, Skim Pembiayaan Mikro Pemerkasa-NITA, DanaNITA Tekun Nasional dan banyak lagi.

Tambah Tuanku Raja Muda, mutakhir ini, semakin ramai golongan wanita yang menceburkan diri dalam bidang keusahawanan di negara ini. Banyak juga di antara mereka yang amat berjaya sekali. Selari dengan perkembangan teknologi semasa, kini semua maklumat terletak hanya di hujung jari. Rakyat lebih banyak yang memilih untuk bermuamalat melalui platform media sosial seperti Facebook, Instagram dan sebagainya.

Justeru itulah, tambah baginda pada hari ini golongan wanita tiada lagi masalah untuk turut serta menjalankan perniagaan tanpa mengabaikan tanggungjawab dalam rumahtangga. Baginda juga begitu menghargai dan mengagumi usahawanita-usahawanita negara kita yang berusaha membantu para suami dan keluarga bagi meningkatkan lagi taraf hidup.

Sambung Tuanku Syed Faizuddin Putra, sesungguhnya, ramai usahawan wanita negara kita yang mengecapi kejayaan yang membanggakan dalam menjalankan perniagaan, malah mempunyai produk sendiri yang menduduki pasaran besar di negara ini. Tidak kurang juga ramai yang turut membantu para suri rumah untuk sama-sama menjana pendapatan dengan menjadi stokis dan ejen perniagaan mereka.

(Visited 561 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button