Sukan

GG EXPO UiTM Puncak Alam berjaya tarik lebih 5,000 peminat e-sukan

UiTM Puncak Alam dengan bangganya mengumumkan acara “Gamers Gig Expo (GG EXPO)” E-Sukan yang berlangsung pada 24 dan 25 Jun 2023 telah menarik perhatian lebih 5000 penonton remaja yang merupakan peminat tegar e-Sukan secara fizikal dan talian.

GG EXPO E-Sukan yang diadakan di Homebois Pitstop, Petaling Jaya merupakan hasil projek akhir yang dianjurkan oleh Empyrean iaitu sebuah kumpulan pelajar semester lima yang menuntut Ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan Majlis, Fakulti Pengurusan Perniagaan di bawah seliaan Dr Masrur Bin Mohd Khir dan Cik Nor Azzura Binti Nordin.

Acara ini disertai 72 kumpulan terdiri daripada penyertaan pelajar UiTM, pelajar daripada institusi pengajian tinggi awam dan swasta lain, serta peminat-peminat e-Sukan dari kalangan orang awam yang berminat dalam dunia e-Sukan

Bekerjasama dengan Team Haq, satu pasukan e-Sukan yang terkenal dalam komuniti e-sukan Malaysia, GG EXPO akan terus membantu membangunkan industri e-sukan bagi menjadikan Malaysia sebagai negara tumpuan aktiviti sukan berasaskan permainan video itu. Selain itu, ia bertujuan memberi pendedahan mengenai industri e-Sukan yang mampu memberi impak ekonomi besar.

Kejohanan pertama kali dianjurkan oleh Empyrean yang didukung oleh pelajar tahun akhir Sarjana Muda Pengurusan Majlis menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM15,000 bagi Mobile Legend : Bang Bang dan PUBG.

Pada masa yang sama, program 2 hari ini turut menampilkan pelbagai aktiviti menarik.; antaranya pertandingan e-Sukan untuk Mobile Legends dan PUBG, sesi GGTalk yang membangkitkan pemikiran, pameran daripada organisasi yang mempunyai hubungan langsung dan tidak langsung dengan dunia e-Sukan, dan banyak lagi.

Menambah lagi kehebatan acara ini, majlis ini dimeriahkan dengan kehadiran Yang Berhormat Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, yang akan merasmikan majlis penutupan pada 25 Jun 2023. – SM

Artikel berkaitan > UiTM Puncak Alam anjur program e-Sukan GG EXPO, tawar hadiah keseluruhan RM15,000

(Visited 262 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button