NasionalNegeri

Bina hubungan harmoni di tempat kerja – Raja Muda Perlis

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullal dalam titah menasihatkan anak-anak muda yang baharu diterima masuk bekerja di mana-mana organisasi pekerjaan supaya jadilah seorang pemerhati yang baik.

Baginda bertitah, kenali dahulu karakter rakan sekerja dan pegawai tertinggi di tempat bekerja baru serta kategorikan mereka dalam golongan yang mempunyai aura positif atau negatif.

Titah Baginda, ini kerana di tempat kerja juga, walaupun mereka mungkin mempunyai aura positif, pasti ada persamaan dan perbezaan yang wujud dalam perhubungan.

“Bagi memastikan hubungan yang dibina menjadi lebih harmoni, setiap warga kerja haruslah saling berkompromi dan empati dengan menikmati persamaan dan meraikan perbezaan,” titah Baginda.

Demikian titah Baginda selepas berkenan berangkat menyampaikan agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) MAIPs.

Setiap seorang asnaf yang terpilih di kalangan anak kariah Masjid As Sakinah, Padang Melangit, Beseri menerima RM400 setiap seorang.

Kesemua 19 penerima ini menerima sumbangan yang berjumlah RM7,600.

Pada majlis tersebut, Saad Jaya yang tidak sihat diwakili oleh isterinya yang menerima replika kunci sebuah rumah baharu yang telah dihuni pada 23 Disember lalu atas sumbangan MAIPs daripada Tuanku Syed Faizuddin.

Berangkat sama ke Program Hijrah Minda MAIPs Bilangan 1 bagi tahun 2023 tersebut ialah anakanda Baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail dan diiringi Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor serta amil kariah berkenaan, Asnan Senawi.

Selepas program tersebut, Tuanku Raja Muda selaku Yang DiPertua MAIPs bersama-sama Syed Sirajuddin Areeb Putra turut berkenan menyantuni rumah asnaf Kalsum Mohamad, 71, yang tinggal di Jalan Padang Melangit bersama keluarga bagi menyampaikan sumbangan.

Beliau merupakan salah seorang penerima Bantuan Sara Hidup Berkala MAIPs, Bantuan Sebuah Rumah MAIPs dan juga Bantuan Fitrah MAIPs. – SM

(Visited 77 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button