Nasional

Agong anugerahkan biasiswa kepada 11 pelajar

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengurniakan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2023 kepada 11 pelajar institusi pengajian tinggi di Istana Negara di sini.

Enam penerima dianugerahkan biasiswa untuk melanjutkan pengajian ke peringkat doktor falsafah, manakala lima lagi untuk peringkat ijazah sarjana (penyelidikan).

Lima penerima akan melanjutkan pelajaran ke luar negara, manakala enam lagi sedang atau akan menyambung pengajian di universiti penyelidikan tempatan tahun ini.

Pelajar yang menerima biasiswa di peringkat PhD ialah Wan Nur Hanisah Wan Noor Azam Shah, 31, yang melanjutkan pelajaran dalam Pembelajaran Mesin di University College London (UCL) dan Muhammad Nasri Nasehir Khan, 24, dalam Sains Alam Sekitar di Universiti Sains Malaysia.

Selebihnya ialah Izzati Izyani Japar, 25, (Matematik dan Statistik, UCL); Chia Yuh Cai, 28, (Genetik & Keturunan, Universiti Kebangsaan Malaysia); Siti Saffa’ Shaharuddin, 28, (Kewangan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) dan Wong Whui Dong, 25, (Nanoteknologi, Universiti Malaya).

Penerima program ijazah sarjana ialah A. Thenesh, 25, (Undang-undang Antarabangsa, Universiti Harvard); Nurul Juliana Syafinaz Abu Sopian, 25, (Veterinary Immunology, Universiti Putra Malaysia (UPM)); Nurul Najwa Asip, 25, (Teknologi Makanan, UPM); Faten Hanani Muhamad Hakimi, 26, (Earth Sciences, UCL) dan V. Yashvinnie, 24, (Immunology, King’s College).

BYDPA merupakan biasiswa berprestij yang diperkenalkan pada 2006. Sehingga kini, 198 individu telah menerima tajaan untuk pengajian dalam bidang Ekonomi, Undang-undang, Sains dan Teknologi, serta Kewangan Islam. -SM

Baca juga : 5 pendaki, pengawal keselamatan diselamatkan dari Bukit Makro selepas tanah runtuh

 

 

(Visited 150 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button