Nasional

Peguam muslim Malaysia perlu susun gerakan dakwa Zionis Israel

PEGUAM Haniff Khatri berkata,  Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) peru menyusun gerak kerja yang sistematik bagi membawa Zionis Israel ke muka pengadilan.

Malaysia, katanya, walaupun telah menarik diri sebagai ahli Rome Treaty 2002, masih boleh memainkan peranan aktif dalam membantu siasatan dan dakwaan terhadap rejim Zionis supaya mereka dibicarakan secepat mungkin oleh rakan mahkamah (amicus curiae).

Katanya, Malaysia perlu berganding bahu dengan negara-negara yang menjadi ahli Rome Treaty 2002, khususnya Palestine.

Menurut Haniff, pada 2015 Palestine menjadi anggota kepada Rome Treaty 2002, iaitu pra syarat untuk mana-mana yang ingin menganggotai dan menjadi ahli Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), yang mempunyai bidang kuasa mengadili jenayah perang, jenayah terhadap kemanusiaan dan genosid.

Pada 2015, kata beliau Palestine telah memfailkan rujukan aduan jenayah terhadap Zionis kepada ICC.

“Walaupun sempadan negara Palestine diwujudkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 1967, tetapi Zionis berulang kali mencabuli sempadan itu,” katanya.

Baitul Maqdis Timur telah ditawan Zionis Israel, Gaza (dicerobohi dan ditadbir Zionis Israel), dan Tebing Barat (dicerobohi Zionis Israel).

Tiga bulan lalu ICC telah bersetuju bahawa mahkamah berkenaan mempunyai bidang kuasa untuk menyiasat, mendakwa dan membicarakan aduan Palestine.

 

(Visited 279 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button