Nasional

Ada antara agensi kerajaan buat bodoh laporan salah laku babitkan kakitangan

JANGAN buat bodoh! Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki memaklumkan, terdapat antara agensi kerajaan yang tidak mengendahkan laporan salah laku membabitkan kakitangan mereka walaupun SPRM mengesyorkan tindakan diambil.

Beliau berkata, SPRM masih menunggu tindakan susulan daripada agensi kerajaan berhubung lebih 500 laporan salah laku yang sebahagiannya dikemukakan 12 tahun lalu.

“Jika kami (SPRM) temui unsur-unsur salah laku, menjadi kewajipan kami melaporkannya kepada ketua jabatan (agensi kerajaan),” katanya memetic laporan New Straits Times.

Beliau berkata, ketua-ketua jabatan kemudian akan melaporkan semula kepada SPRM mengesahkan bahawa mereka menerima laporan itu.

Katanya lagi, selepas agensi kerajaan mengesahkan laporan itu, jawatankuasa terdiri daripada ketua jabatan terpilih akan dibentuk untuk menyiasat kes terbabit.

Walaupun kes jenayah akan dibawa ke mahkamah, salah laku akan disemak oleh jawatankuasa, dengan ketua jabatan mempunyai hak memutuskan tindakan terhadap kakitangan mereka selepas siasatan.

Azam berkata, walaupun pekeliling dikeluarkan kepada semua ketua jabatan berhubung perkara itu, ramai yang memilih untuk tidak mengendahkannya.

“Ketua jabatan tidak boleh lupa tentang pekeliling itu. Ramai yang tidak mengendahkannya dan kami menghantar surat untuk mengingatkan mereka.

“Mereka mesti ambil tindakan kerana ia pekeliling daripada ketua setiausaha (negara), bukan daripada saya,” katanya. – SM

BACA Dakwaan wujud anggota penguatkuasa terima rasuah bukan palsu-SPRM

BACA Kekal Azam Baki elak persepsi perdana menteri bertukar, Ketua Pesuruhjaya SPRM pun bertukar

 

(Visited 106 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button