Politik

Bersatu, Muafakat Nasional berganding jadi Kerajaan Negeri Johor

Satu gandingan pemerintahan daripada beberapa parti politik akan dibentuk di Johor selepas Pakatan Harapan gagal memperoleh majoriti untuk membentuk kerajaan negeri.

Keputusan tersebut  diambil selepas Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berjumpa dan menemubual kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu semalam.

Menurut  Setiausaha Sulit Sultan Johor, Datuk Jaba Mohd. Noah, Tuanku telah berpuas hati gabungan parti yang baharu telah memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan apabila 28 ADUN memilih Gabungan Baharu berbanding 26 ADUN memilih PH.

“Oleh yang demikian parti yang baharu berhak untuk memberikan cadangan nama calon Menteri Besar sebelum susunan barisan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri yang baharu dilantik,” katanya dalam satu kenyataan media daripada Istana Johor.

Agihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ketika ini terdiri daripada UMNO (14), DAP (14), BERSATU (11), AMANAH (9), PKR (5), MIC (2) dan PAS (1).

 

(Visited 289 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button