Politik

MUDA tak perlu minta maaf, UMNO tidak akan tersinggung – Puad Zarkashi

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mempersoalkan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sama ada partinya benar-benar suci susulan kenyataan berhubung bantahan pengampunan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Malah, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rengit itu juga memberitahu Syed Saddiq bahawa Muda tidak perlu meminta maaf seperti Parti Amanah Negara (PAN) mengenai kenyataan yang dikeluarkan hari ini berkaitan isu pengampunan Najib.

Ini kerana, Puad berkata, Muda bukan rakan gabungan dalam Kerajaan Perpaduan.

“Tidak perlu minta maaf macam parti PAN. Umno tidak akan tersinggung dengan Muda.

“Parti Muda turut bantah pengampunan Najib. Muda siang-siang lagi cakap tidak akan minta maaf pada Umno,” katanya di Facebook.

Muda dalam kenyataan hari ini menyatakan pendirian supaya Lembaga Pengampunan menolak permohonan pengampunan dikemukakan ke atas Najib.

Kenyataan menerusi Jawatankuasa Eksekutif Pusat Muda memberitahu parti itu akan menentang sebarang usaha ke arah pengampunan Najib.

Jawatankuasa itu menyifatkan Najib sebagai “kleptokrat” kerana membawa kesusahan kepada negara, dan pengampunan terhadapnya akan memberi mesej salah kepada rakyat Malaysia.

 

(Visited 229 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button