Politik

Kenapa pertahan kedai perabot, emas dibuka ketika PKP?

TERDAPAT segelintir netizen dilapor mempersoalkan tindakan mempertikai pembukaan kedai perabot dan barangan emas ketika Perintak Kawalan Pergerakan (PKP)2.0 berkuatkuasa.

Segelintir netizen mempertikai tindakan tersebut dikatakan memberi alasan tidak logik termasuklah mengaitkannya dengan bencana banjir yang berlaku di negeri di Pantai Timur.

Bagaimanapun tindakan mereka itu diselar kerana tidak megenal keperluan dan kehendak terutama dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika PKP.

Tindakan mereka juga dilihat seolah-olah membenarkan rakyat terus merisikokan diri untuk terdedah dengan jangkitan Koronavirus (Covid-19).

“Semalam, saya tengok ada beberapa orang dalam ruang komen saya yang bersungguh-sungguh mempertahankan keputusan kerajaan PN (Perikatan Nasional) untuk membenarkan kedai perabot IKEA dan kedai emas dibuka semasa PKP yang sepatutnya lebih ketat.


“Macam-macam alasan diberi.

“Kedai perabot dibuka sebab mungkin ada keperluan ganti perabot yang musnah dalam banjir.

“Kedai emas dibuka kerana ada setengah kedai emas yang juga beli emas dan ini perlu sebab mungkin ada mereka yang memerlukan cash segera.”

Demikian sindir bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam hantaran Facebooknya hari ini.

Sebelum ini, beliau mempertikaikan SOP yang dikuatkuasakan kerajaan terhadap peniaga khususnya peniaga kecil apabila tidak membenarkan mereka beroperasi ketika PKP.

Justeru, beliau mendakwa tindakan tersebut sebagai berat sebelah apabila pasar raya dan pusat beli belah dibenarkan beroperasi dengan SOP yang ketat.

Bagaimanapun, dalam hantara sama itu, beliau memberitahu tidak sabar melihat reaksi netizen apabila sebuah syarikat pemilik jenama barangan mewah memaklumkan premisnya beroperasi ketika PKP2.0.

“Sebab itu, saya tak sabar nak baca apa alasan mereka mengapa kedai-kedai pakaian dalam mewah terkenal Victoria’s Secrets dibenarkan untuk beroperasi masa PKP.

“Pakaian dalam mewah juga barangan keperluan masa PKP ke?” soalnya. – SM

(Visited 714 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button