Nasional

Warga Muallim banjiri UPSI sempena ambang merdeka

SAMBUTAN Malam Ambang Merdeka 2023 Peringkat Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI) disambut meriah di Perkarangan Stadium UPSI, Kampus Sultan Azlan Shah, Proton.

Prof Md Amin ( tengah) berteriak merdeka diikuti hadirin

Program anjuran Pusat Kokurikulum dan Fakulti Sains Kemanusian ( FSK) yang membawa tema kemerdekaan kali ke-65, “Malaysia Madani : Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan” itu dihadiri lebih 2000 hadirin dari pelbagai lapisan masyarakat sekitar UPSI dan Muallim yang membanjiri Perkarangan Stadium UPSI.

Hadirin menyaksikan pertunjukan bunga api.

Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff yang berucap sebelum detik jam 12.00 tengah malam itu berkata dalam mencari erti sebuah kemerdekaan, tidak cukup sekadar mengerti derita sebuah penjajahan, bukan juga sekadar mengetahui selok belok perjuangan generasi lampau dalam mendapatkan kemerdekaan suci ini walaupun hal demikian juga penting kerana tanpa perit jerah dan keringat yang mereka korbankan, keamanan yang kita kecapi hari ini tidak mungkin terjelma.

Antara mahasiswa yang memeriahkan sambutan.

Katanya, kesyukuran kita terhadap nikmat kemerdekaan ini mestilah diterjemahkan dalam bentuk kecintaan kita kepada institusi yang menjadi tempat kita mencari rezeki.

“Program yang kita laksanakan pada malam ini juga adalah satu langkah untuk mengingatkan semula bahawa kita sudah merdeka pada tanggal 31 Ogos ini dan ia merupakan satu nikmat yang perlu disyukuri, ” katanya ketika merasmikan sambutan Ambang Merdeka semalam.

Mahasiswa UPSI mengibarkan Jalur Gemilang.

Sempena program Ambang Merdeka 2023 pelbagai program dan aktiviti dijalankan Madani Fun Run Merdeka yang disertai lebih 500 peserta yang membabitkan warga UPSI dan Muallim di sekitar Kampus Sultan Azlan Shah.

Terdahulu diadakan persembahan
tarian etnik Malaysia, dan pertandingan Shining Star seterusnya persembahan mahasiswa UPSI yang menyanyikan lagu-lagu patriotik antaranya Calvin Kallang Shon dengan lagu “Warisan”.

Peserta Madani Fun Run Merdeka.

Selain itu diadakan deklamasi puisi ” Potret Salam Muzium Bangsa” oleh adik Amira Zayana Zuhairi,
syair ” Negara Merdeka” oleh Syahira Punawi; deklasi puisi oleh Imran Mursyid William dengan judul ” Merah Bunga Darah Wira” serta
persembahan Tarian Etnik Borneo.

Kakitangan Pusat Kebudayaan UPSI menerusi The Pegawai Band turut membuat persembahan nyanyian yang memukau hadirin. -SM

Baca : Ahirine Ahirudin pegang watak Ana dalam filem Tebus

 

(Visited 142 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button