Nasional

Asri Janggut rayu kemaafan, akui kebodohan diri

SELAIN memuat naik status meminta maaf di akaun Facebook miliknya, tular sebuah video yang memaparkan Asri Janggut memohon maaf di laman sosial hari ini.

Menerusi video tersebut, Asri Janggut atau nama sebenarnya Mohd Asri Hamid mengakui kesilapannya membuat tuduhan melulu terhadap pihak polis dan tentera.

“Saya dengan rendah diri, dengan sehina-hinanya meminta maaf pada tentera dan polis di atas kesilapan, kebodohan dan celuparnya mulut saya kerana mengeluarkan kenyataan polis malas solat.

“Saya mohon maaf kerana saya sendiri pun tidak jangka akan berkata macam itu.

BACA> Dakwaan tak solat itu keterlaluan – KPN

“Saya langsung tidak berniat untuk mengguris hari rakan-rakan terutamanya polis dan tentera.

“Saya akui kebodohan dan kesilapan saya. InsyaAllah saya tidak akan ulangi lagi dan tidak ulas lagi mengenai perkara ini,” katanya.

Semalam, satu klip video berdurasi 31 saat memaparkan Asri Janggut dalam satu sidang akhbar mendakwa anggota polis serta tentera tidak menjaga solat.

Perkara itu mencetuskan kemarahan orang ramai khususnya di kalangan pihak polis dan keluarga mereka.

BACA> Hina polis, tentera: Asri Janggut dipanggil ke Bukit Aman

Malah, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador juga menyifatkan kenyataan Asri Janggut itu sebagai keterlaluan. -SM

(Visited 180 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button