Nasional

Bengkel penulisan jurnal kukuhkan prestasi FBK UPSI

Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI) berusaha membina kecemerlangan bagi memenuhi aspirasi universiti sebagai “Universiti Nombor Satu Pendidikan”.

Dekan Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Prof Madya Dr [email protected] Muhammad berkata sehubungan itu fakulti mengadakan Bengkel Penulisan Artikel Jurnal MyCite ( Malaysian Citation Index) di sini secara berfokus selama tiga hari.

Prof Madya Dr [email protected] ( tengah) bersama peserta yang mengikuti Bengkel Penulisan Artikel Jurnal MyCite di Mardhiyyah Hotel and Suites, Shah Alam.

Beliau berkata bengkel berkenaan bertujuan memberi peluang kepada pensyarah menyiapkan artikel dan menghantar terus kepada pihak penerbitan.

“Menulis secara bersama dengan semangat kolektif sangat membantu meningkatkan kecemerlangan fakulti,” katanya.

Peserta tekun mengedit artikel yang dibawa untuk disiapkan.

Beliau sangat menghargai semangat yang tunjukkan oleh semua 24 pensyarah yang hadir pada hari cuti berkorban masa demi menyediakan bahan penulisan artikel berindek MyCite.


Fakulti juga, katanya, berharap semua pensyarah berusaha meneroka peluang-peluang penyelidikan dan perundingan serta penawaran kursus jangka pendek yang boleh menjana pendapatan fakulti dan universiti.

Prof Madya Dr Mazura Dr Zuraini Ramli, ketua JBKM (berdiri) menyampaikan taklimat

” Kita semua akademia perlu berfikiran positif dan sentiasa memotivasikan diri bersama rakan-rakan pensyarah untuk mencipta kejayaan fakulti dalam pelbagai bentuk Key Performance Index( KPI) yang ditetapkan universiti,” katanya.

Mazura berkata langkah itu dianggap berkesan kerana pada penghujung bengkel peserta dimestikan menghantar artikel berdasarkan tajuk mengikut bidang kepakaran masing-masing.

Beliau berkata sebanyak 44 artikel jurnal berjaya diedit sehingga siap sekali gus berjaya memenuhi objektif bengkel anjuran Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu( JBKM) serta Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris ( JBKI).

Ketua Jabatan JBKM, Dr Zuraini mengucapkan terima kasih kepada semua pensyarah yang menghadiri bengkel kerana berjaya menyiapkan sepenuhnya artikel masing-masing.

“Ini kerana mereka berpeluang berbincang untuk menjayakan urusan penghantaran kepada pihak penerbit yang berpotensi,” katanya.

 

(Visited 193 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button