fbpx
BeritaNasional

Iman meninggal selepas didiagnos menghidap kanser

KOTA KINABALU: Badan sumbu Sumatera kini pupus di Malaysia dengan kematian Iman, badak sumbu terakhir yang diketahui, di Pusat Perlindungan Badak Sumbu Borneo di sini, hari ini.

Kematian Iman dimaklumkan oleh menteri alam sekitar Sabah Christine Liew yang berkata dalam satu kenyataan, “dengan penuh kesedihan Jabatan Hidupan Liar Sabah mengumumkan kematian Iman, badan sumbu Sumatera terakhir di Malaysia, pada jam 5.35 ptg, 23 Nov 2019”.

“Ia adalah kematian biasa, dan kesan segeranya boleh dikategorikan sebagai satu kejutan,” katanya.

Iman didiagnosis menghidap kanser.

“Iman diberikan perhatian dan penjagaan terbaik sejak penangkapannya pada Mac 2014 sehingga ke saat ia menemui ajal.


“Tidak ada apa-apa lagi yang dapat dilakukan,” kata Liew.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah Augustine Tuuga berkata, Iman mula menderitai kesakitan yang amat sangat berikutan tekanan ketumbuhan yang bertambah ke atas pundi kencingnya.

Badak sumbu Sumatera (Dicerorhinus sumatrensis) adalah satu daripada lima spesis badak sumbu dan merupakan satu genus tunggal. Hanya empat ekor diketahui masih hidup di Sumatera walaupun populasinya pernah tersebar luas di Asia Tenggara, India dan barat daya China.

Pihak berkuasa hidupan liar Malaysia dengan kerjasama Indonesia merancang untuk memulihara spesis badak sumbu Sumatera melalui kaedah pensenyawaan buatan.

Liew berkata, walaupun perjanjian rasmi belum ditandatangani, Sabah berminat untuk meneruskan projek tersebut.

Katanya, kultur sel daripada Iman dan Tam (badak sumbu jantan yang mati pada 27 Mei) kini disimpan hidup.

Show More

Related Articles

Back to top button