Nasionalpilihan

Bantuan sebanyak RM1,000 di bawah GKP 4.0

Kerajaan telah bersetuju untuk menyediakan bayaran tambahan di bawah Geran Khas Prihatin (GKP 4.0) kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang layak dengan bantuan berjumlah RM1,000.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sebanyak RM500 akan dibayar pada bulan September dan RM500  lagi pada bulan November depan.

“Kerajaan berharap dengan bayaran GKP 4.0 ini, kira-kira 1 juta usahawan PKS mikro khususnya pengusaha kedai gunting rambut, pemilik workshop, kedai roti dan kek, pusat penjagaan kesihatan, dan lain-lain dapat mengurangkan tanggungan bulanan dan membantu aliran tunai mereka.

“Apa yang penting, kepada usahawan mikro yang masih belum pernah mendapat bantuan
ini, pendaftaran akan mula dibuka pada pertengahan Julai nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang Pengumuman Khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi hari ini.

Pelaksanaan Geran Khas Prihatin atau GKP sebelum ini telah berjaya menyokong kelangsungan perniagaan atau business survival dalam kalangan peniaga kecil terutamanya mereka yang masih tidak dibenarkan beroperasi.

Menurut Muhyiddin, secara keseluruhan pihaknya telah memperuntukkan sejumlah RM5.1 bilion melalui inisiatif GKP.

“Terkini, di bawah Pemerkasa Tambahan, penerima yang layak telahpun mendapat bayaran GKP 3.0 mereka sebanyak RM1,000 kira-kira dua minggu lepas dan bakal mendapat RM500 pada pertengahan bulan Julai nanti,” katanya. -SM

(Visited 311 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button