fbpx
Luar Negara

Arab Saudi rancang buka masjid di Makkah esok

KIRA-kira 1,500 buah masjid di kota suci umat Islam Mekah dijadual akan dibuka esol selepas ditutup selama tiga bula akibat serangan virus maut Covid-19.

Televisyen Arab Saudi melaporkan masjid-masid berkenaan kini yang menjalani operasi nyah cemar pada lantai dan permaidaninya bagi menerima jemaah.

“Masjid-masjid di kota suci akan mulai dibuka semula pada Ahad selepas penutupan tiga bulan akibat wabak coronavirus,” lapor saluran Al-Ekhbariya yang dikelola negara itu.

Arab Saudi merupakan negara Timur Tengah paling teruk menerima terkesan serangan virus COVID-19 dengan lebih 150,000 kes jangkitan dan hampir 1,200 kematian.

Masjid-masjid lain di luar kota suci itu telah dibuka sejak akhir Mei dengan prosedur operasi standard yang ketat termasuk perlu mengenakan jarak sosial dan langkah-langkah lain.-SM

Show More

Related Articles

Back to top button