Luar Negara

Bayi ditinggalkan ditemui selamat berpelukan dengan anak anjing

SEORANG bayi baru lahir diselamatkan oleh sekumpulan anak anjing dalam keadaan berpelukan secara rapat untuk memastikan bayi itu tidak kesejukan selepas ditinggalkan di sebuah padang.

Bayi itu ditinggalkan dalam keadaan menyayat hati pada waktu malam tanpa sebarang pakaian dan masih lagi bertali pusat.

Menurut laporan, bayi itu ditemui oleh seekor anjing liar yang kemudiannya memeluk bayi itu bersama anak-anak anjingnya sepanjang malam di wilayah Chattisgarh, India.

Seorang penduduk mengatakan kemungkinan kehangatan yang diberi oleh anjing-anjing tersebut yang menyebabkan bayi itu masih hidup.

Bayi itu ditemui oleh penduduk berpelukan dengan anak anjing dalam keadaan sihat tanpa sebarang kecederaan selepas mendengar tangisannya.

Bayi perempuan itu dinamakan Akanksha dan penyiasatan sedang dijalankan bagi mencari ibu bapa kepada bayi tersebut. – SM

(Visited 847 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button