Luar Negara

Dua wanita Indonesia kebas RM144 juta milik Puteri Arab Saudi

Puteri kerajaan Arab Saudi, Lolwah Muhammed Abdullah Al Saud mengalami kerugian sebanyak RM144 juta selepas menjadi mangsa penipuan pembelian tanah dan pembinaan sebuah vila di Bali, Indonesia oleh dua wanita warga Indonesia.

Menurut CNN Indonesia, mereka dibayar secara berperingkat-peringkat dari tahun 2011 hingga 2018 untuk mendapatkan tanah dan membina sebuah vila di Bali namun vila tersebut tidak pernah dibina dan wangnya digunakan untuk pembelian peribadi oleh dua wanita berkenaan.

Penipuan tersebut bermula apabila Puteri Lolwah berkenalan dengan seorang wanita warga Indonesia yang dikenali sebagai Eka Augusta Herriyani pada 2008.

Puteri Lolwah menawarkan Eka untuk bekerjasama dalam menjalankan projek hartanah dan pada tahun 2009, mereka pergi ke Bali dan diperkenalkan pula kepada anak Eka, Evie Marindo Christina yang dikatakan boleh membantu dalam urusan pelesenan di Indonesia.

Mangsa yang berminat untuk melabur di Bali meminta Eka mencari lokasi untuk membina sebuah vila dan selepas menyemak lokasi di Banjar Sala yang ditunjukkan oleh wanita berkenaan, Puteri Lolwah memindahkan wang untuk membeli tanah dan kos pembinaan vila itu secara berperingkat-peringkat daripada April 2011 hingga September 2018 berjumlah Rp505.5 bilion (RM144.9 juta).

Bagaimanapun, pembinaan vila itu tidak pernah disiapkan sebaliknya wang berkenaan digunakan oleh Eka dan Evie untuk kepentingan peribadi seperti membeli beberapa tanah dan kereta.

Akibat penipuan itu, Eka dan Evie dijatuhi hukuman penjara 19 tahun kerana disabitkan dengan kesalahan Jenayah Pengubahan Wang Haram (TPPU) menurut undang-undang di negara jiran. – SM

(Visited 287 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button