Politik

Anwar tidak perlu ajar Agong dalam soal darurat

PRESIDEN PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu mengajar Yang di-Pertuan Agong dalam soal darurat.

Keputusan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengisytiharkan darurat adalah satu tindakan yang tepat malah ia adalah keputusan yang dibuat secara rundingan bersama individu-individu yang tidak mempunyai kepentingan politik dalam negara.

“Saya fikir tak perlu dia (Anwar) macam hendak mengajar Agong. Bagi saya, keputusan Agong itu adalah tepat kerana yang penting (ketika ini) adalah menstabilkan politik untuk kita atasi COVID-19 dan kestabilan ekonomi.

“Jadi, saya berpendapat bahawa ahli-ahli Parlimen tidak perlu layan apa yang dituntut oleh Anwar.

“Sebab yang penting sekarang ini adalah semua rakyat, semua jentera kerajaan tumpu untuk mengatasi COVID-19 dan cabaran banjir.


“Situasi begitu sebenarnya, bila sudah diisytiharkan darurat, kita hanya (perlu) fokus kepada bagaimana untuk memberi tumpuan supaya COVID-19 dapat kita atasi dan isu banjir kita selesai, “ kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man seperti yang dipetik dari Harakah.

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Port Dickson itu dalam kenyataannya menyeru semua ahli Parlimen agar menulis surat kepda Yang di-Pertuan Agong merayu supaya  membatalkan pelaksanaan darurat.

Tuan Ibrahim berkata, Presiden PKR itu sudah berkali-kali bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong dan sudah banyak kali peluang diberikan oleh Baginda.

Tetapi katanya, Anwar gagal menunjukkan sebarang bukti kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mengatakan dakwaannya mempunyai ‘numbers‘ adalah benar.

Oleh itu, katanya, ketika negara berada dalam keadaan genting akibat pandemik Covid-19 dan musibah banjir semua ahli Parlimen memberi fokus kepada rakyat dan menjadi ahli politik yang matang.

“Sepatutnya kita perlu fokus tentang bagaimana untuk wujudkan suasana yang lebih harmoni dalam negara,” kata beliau.

(Visited 120 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button