Politik

Najib takut berdebat sebab isu Felda dalam pengetahuan saya – Azmin Ali

MUAR 6 Mac – Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Mohamad Azmin Ali mempersoalkan mengapa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mahu berdebat dengannya mengenai isu Felda

Beliau berkata, sepatutnya Najib berdebat dengannya mengenai isu Felda dan bukan dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Azmin menegaskan Najib menolak pelawan debatnya disebabkan segala kepincangan dalam Felda berada di tangan dan pengetahuannya.

Jelasnya, sepatutnya Najib berani tampil berdebat dengannya supaya seluruh peneroka dapat mengetahui perkara yang sebenarnya berlaku.

“Kenapa Najib tidak mahu berdebat dengan saya?

“Sebab sayalah yang telah melakukan proses mengaudit pengurusan Felda.

“Saya dipertanggungjawabkan untuk menyiapkan kertas putih tentang pengurusan Felda dan saya juga telah membentangkan kertas putih ini dalam sidang Parlimen.

“Kertas putih ini telah dibahaskan oleh semua ahli Parlimen termasuk pembangkang iaitu UMNO  dan Barisan Nasional (BN) pun ada ketika itu,” ujarnya di Warung Bond, Parit Keroma di sini.

Beliau hadir membantu kempen calon PN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani, Abdul Aziz Talib.

Azmin yang juga Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian mengulas pelawaan beliau untuk berdebat telah ditolak oleh Najib.

Mengulas lanjut beliau berkata, kertas putih mendedahkan kepincangan yang berlaku dalam Felda itu telah dipersetujui oleh ahli Parlimen serta beberapa saranan yang dikemukan.

Katanya, antara saranan itu ialah pengambilan semula tanah-tanah yang dijual oleh FGV diambil semula serta semua hutang peneroka Felda dilupuskan.

“Banyak kecurangan yang berlaku berdasarkan kertas putih tentang pengurusan Felda dan urus tadbir dan tindakan mendakwa mereka terlibat ke mahkamah dan ada yang sedang disiasat,” ujarnya.

 

(Visited 350 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button