fbpx
Politik

Retorik dan sentimen bukan penyelesaian kepada masalah Melayu

RETORIK dan sentimen bukan jawapan ke[ada penyelesaian masalah dan isu orang Melayu di negara ini.

Sebaliknya, ia memerlukan idea yang lebih besar dan lebih segar serta inovatif.

Persoalan-persolan semasa pula perlu dijawab dan mesti diterjemahkan dalam bentuk tawaran yang konkrit.

“Retorik dan sentimen Melayu bukan jawapan kepada masalah dan isu orang Melayu. Sebaliknya, idea besar yang segar, inovatif dan menjawab persoalan semasa harus menjadi naratif yang mesti diterjemahkan dalam bentuk tawaran yang konkrit,” kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam hantara di Facebooknya.

Pada masa sama kata beliau. setiap pemimpin dan ahli UMNO perlu memikirkan apakah sumbangan dan keunggulan baharu yang boleh ditawarkan kepada parti.


Katanya, apabila keunggulannya diperkasakan barulah UMNO mampu menawarkan kepimpinan dan masa depan lebih baik untuk negara.

“Bersempena dengan sambutan ulang tahun UMNO ke 74 ini, wajar untuk kita sama-sama memikirkan apakah sumbangan dan keunggulan baharu yang boleh kita tawarkan kepada UMNO.

“Hanya dengan memperkasakan keunggulannya sendiri terlebih dahulu, barulah UMNO akan berupaya untuk menawarkan kepimpinan dan masa depan yang lebih baik untuk negara kita,” katanya.

Naib Presiden UMNO itu berkata, sudah lebih tujuh dekad UMNO hadir dalam sejarah pembentukan negara dan bangsa Malaysia.

Kepada orang Melayu pula katanya, UMNO adalah sebahagian dari warisan dan peninggalan pendiri bangsa yang harus kita pertahankan dengan sepenuh jiwa raga.

“Biarpun dalam dekad-dekad mutakhir ini, UMNO berhadapan dengan pelbagai cabaran sama ada yang berpunca darinya sendiri ataupun faktor lain, UMNO masih institusi terpenting orang Melayu.

“UMNO punya tugas yang penting untuk mengembalikan bangsa dan negara ini ke landasannya.

“Marilah kita bersama-sama menanam tekad untuk membangunkan UMNO kembali menjadi pendiri bangsa yang diyakini, dihormati dan diperlukan negara,” katanya.

(Visited 2 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button