Nasional

Anggota PGA ditembak, ada kaitan dengan penyeludup tak puas hati

Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang maut ditembak pagi tadi di sempadan Malaysia-Thailand, Padang Besar, Perlis difahamkan angkara sindiket penyeludup.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 3 pagi di Tembok Sempadan (TS9) Padang Besar, Perlis.

DIfahamkan, dua anggota sedang melakukan tugasan risikan di kawasan kejadian telah diserang oleh dua kumpulan, disyaki terdiri daripada warga tempatan dan warga asing yang sedang menjalankan aktiviti jenayah penyeludupan di sempadan.

Penyeludup dikatakan tidak berpuas hati dengan rondaan ketat yang dijalankan pihak berkuasa negara.

Malah, sindiket itu juga dilaporkan pernah melepaskan tempakan ke arah anggota PGA di Bukit Kayu Hitam, Kedah pada 13 November lalu.

Terdahulu, mangsa, Koperal Baharuddin Ramli, 54, sedang bertugas semasa insiden tersebut berlaku kira-kira jam 3.10 pagi.

Seorang lagi anggota PGA, Koperal Norihan Tari, 39, yang bertugas bersama Allahyarham dilaporkan cedera parah dan dalam keadaan kritikal.

Mereka dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk tindakan selanjutnya.

Kejadian itu disahkan oleh Komander PGA Briged Utara, Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji.

Difahamkan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dalam perjalanan ke Perlis untuk melawat mangsa dan meninjau situasi semasa di sana.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin telah mengarahkan PDRM untuk menjalankan siasatan yang menyeluruh bagi mengenal pasti kumpulan penjenayah yang melakukan serangan tersebut.

“Kerajaan amat memandang serius terhadap kejadian ini dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak terutama kumpulan penyeludup yang melakukan aktiviti jenayah rentas sempadan,” jelasnya. -SM

(Visited 144 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button