Nasional

Muhyiddin tak bertanding sebab mahu fokus perkasa jentera

Keputusan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), YB Tan Sri Muhyiddin Yassin, tidak bertanding mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah kerana beliau mahu fokus dan memberi komitmen untuk memperkasakan jentera parti bagi menewaskan Barisan Nasional (BN) kali ini.

Tanpa terikat sebagai calon, mantan Perdana Menteri ke-8 itu boleh memberi fokus sepenuhnya tugas pengurusan dan operasi jentera PN di seluruh Johor.

YB Tan Sri Muhyiddin berpendirian, dominasi kerajaan BN mesti ditamatkan dan UMNO yang menjadi teras gabungan itu tidak lagi mampu bangkit selama-lamanya selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan datang.

Keputusan beliau yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berundur juga tidak menjejaskan prestasi atau memberi kesan negatif, sebaliknya mampu menggandakan pengukuhan dan kekuatan jentera parti bagi menewaskan BN pada PRN Johor kali ini.

Justeru, apabila tidak lagi terikat sebagai calon pilihan raya, YB Tan Sri Muhyiddin mempunyai lebih banyak masa untuk fokus kepada perancangan strategi dan tindakan-tindakan untuk memperkukuhkan peluang calon PN memenangi PRN Johor.

BERSATU Johor yakin, sebagai ahli politik dan pemimpin parti yang berpengalaman mengarahkan pengurusan pilihan raya kecil, PRN serta Pilihan Raya Umum (PRU), YB Tan Sri Muhyiddin mampu memberi kemenangan kepada calon-calon PN dalam PRN ini.

Jadi inilah kesan positif tindakan YB Tan Sri Muhyiddin kepada BERSATU Johor dan akhirnya meraih kemenangan pada PRN Johor dan seterusnya pada PRU ke-15.

Mengenai DUN Gambir, YB Tan Sri Muhyiddin telah meminta kepemimpinan Bahagian BERSATU Ledang menyerahkan senarai calon yang berkelayakan kepada beliau kerana DUN Gambir terletak di bahagian ini.

Saya sebagai Ketua Bahagian BERSATU Ledang telah mengenal pasti calon yang sesuai untuk menggantikan YB Tan Sri Muhyiddin di DUN Gambir, kerana calon ini mempunyai kelayakan selain mendapat sokongan dan diterima akar umbi.

MOHD SOLIHAN BADRI
Ketua Penerangan BERSATU Negeri Johor
Merangkap Ketua Bahagian BERSATU Ledang.

(Visited 426 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button