Nasional

Bertindak segera harapan terbina

Sempena dengan Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia pada 10 September 2022, Pusat Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI ) menganjurkan Program “Creating Hope Through Action 2022” untuk meningkatkan kesedaran berkaitan isu pencegahaan bunuh diri, mencederakan diri dan strategi membantu diri dan orang lain.

Dr Pau Kee ( tengah) bersama sukarelawan UPSI Di pekan Tanjung Malim.

Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff menyokong usaha yang dilakukan oleh Pusat Kaunseling itu demi kehidupan yang sejahtera masyarakat serta warga kampus.

Pengarah Pusat Kaunseling , Dr Pau Kee berkata perbuatan bunuh diri adalah satu perbuatan yang melanggar norma kehidupan dan ia memberi kesan yang mendalam terhadap diri individu dan juga orang-orang di sekelilingnya.

Program ceramah Yang berlangsung secara dalam talian.

Katanya ia merupakan isu kesihatan mental umum yang berlaku di serata dunia tanpa mengira latar belakang individu dan menjadi punca kematian kedua dalam kalangan golongan muda berumur antara tahun 15 hingga 29 tahun di Malaysia.

Justeru, katanya, inisiatif
Pusat Kaunseling UPSI itu bertujuan meningkatkan kesedaran dan mengurangkan stigma bunuh diri yang sering terjadi dalam kalangan masyarakat.

“Tindakan segera dalam mengenalpasti tanda-tanda awal idea bunuh diri, cubaan bunuh diri atau mencederakan diri penting sebagai langkah pencegahan agar bantuan awal dapat diberikan segera.

Sukarelawan menyantuni masyarakat Di kawasan pasar malam Tanjung Malim.

Menurut Dr Pau Kee masyarakat juga mampu menggembleng tenaga untuk mengurangkan tindakan bunuh diri dengan melahirkan sikap yang cakna terhadap individu yang terlibat dalam memberi dorongan dan sokongan yang berterusan supaya dapat memperkasakan kapasiti masyarakat dalam membantu dan mencegah tingkah laku bunuh diri.

Pengarah Pusat Kaunseling UPSI, Dr Pau Kee berkata dengan tenaga Pusat Kaunseling yang sedia ada tidak mampu untuk memberi perkhidmatan kepada semua warga UPSI dan komuniti pada masa yang sama, maka penglibatan sukarelawan dan sokongan daripada semua orang dalam memperkasakan kapasiti masing-masing adalah penting untuk memperluaskan bantuan tersebut kepada mereka yang memerlukan.

Beliau juga menggalakkan agar setiap orang berperanan menjadi sinar dan harapan kepada kehidupan orang lain walaupun dengan tindakan yang sekecil-kecilnya dapat memberi makna yang berbeza dalam kehidupan orang lain.

Beliau berkata, seramai 50 orang sukarelawan UPSIturut serta dalam kempen kesedaran pencegahan bunuh diri dalam komuniti dengan mengedarkan brosur tentang tanda-tanda cubaan bunuh diri dan cederakan diri, tip-tip membantu diri dan orang lain, saringan kesihatan mental serta membuat rakaman video “100 reasons to stay alive and inspire others”.

Debgan kehadiran komuniti setempat dari pelbagai golongan umur dan latar belakang dapat memberikan ilmu pengetahuan dan pendedahan awal kepada mereka untuk sentiasa cakna dengan lebih awal bagi membantu individu yang terlibat dengan isu-isu bunuh diri dan juga isu kesihatan mental yang lebih serius.

“Bersama kita bangkit, bertindak segera harapan terbina demi kesejahteraan warga kampus, keluarga dan masyarakat, ” katanya.

Program melibatkan perkongsian daripada dua orang pakar dalam bidang kaunseling dan psikologi iaitu Timbalan Presiden Persatuan Kaunseling Malaysia Antarabangsa (PERKAMA International), Profesor Dr Mansor Abu Talib, dan Timbalan Pengerusi Pertubuhan Kesejahteraan Psikospiritual Malaysia (PKPM), dan Pakar Suisidologi, Dr Adnan Omar, serta tiga mahasiswa UPSI yang turut berkongsi pengalaman mereka dalam tindakan pencegahan bersempena dengan Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia pada hari ini.

Dalam perkongsian Profesor Dr Abu Talib debgan tajuk “Can You Be The Light?” , beliau menekankan pentingnya konsep “To Be There” dalam proses membantu seperti mendengar secara aktif, serta menemani dan memberi bantuan mengikut keperluan individu tersebut pada ketika itu.

Dr Adnan Omar pula berkata empati adalah elemen kritikal untuk membantu dan beliau berpesan agar tidak kedekut dalam memberi kegembiraan “juice of happiness” kepada orang sekeliling kerana kegembiraan tersebut akan dikembali kepada diri kita dengan kepuasan tindakan memberi.

Selain itu, Dr Adnan Omar turut mengajar “15 minutes rules” dalam membantu individu yang ingin bunuh diri dengan membantu individu untuk meluangkan masa 15 minit untuk melakukan sebarang perkara yang boleh membantu dirinya.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI, Profesor Dr Norkhalid Salimin berkata, menurut data Polis Diraja Malaysia ( PDRM) melaporkan dua kes bunuh diri berlaku setiap hari dalam tahun 2019 sehingga Mei 2021.

Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff

Beliau berkata, terdapat pelbagai faktor berisiko yang membawa kepada cubaan membunuh diri seperti komorbiditi kecelaruan psikiatrik, penggunaan bahan, faktor psikososial, sejarah dalam keluarga dan juga faktor biologikal.

Selain itu, beliau berkata tanpa sokongan dari pelbagai pihak yang membantu untuk memberikan harapan kepada orang sekeliling itu akan menyebabkan keadaan menjadi bertambah buruk.

Prof Dr Norkhalid Salimin

Inilah masanya peranan masyarakat untuk memberi sokongan melalui tindakan dengan menjalankan Kempen Kesedaran Komuniti “100 Reasons to Stay Alive and Inspire Others” inisiatif dari Pusat Kaunseling UPSI.

Menurut beliau , Kempen Kesedaran Komuniti “100 Reasons to Stay Alive and Inspire Others” dilaksanakan di Pasar Malam Tanjung Malim.

Tujuannya ialah memberikan inspirasi kepada masyarakat sekeliling agar semakin ramai masyarakat sedar akan kepentingan untuk membantu memberikan sokongan kepada individu yang sedang berjuang dengan diri sendiri untuk mereka menjalani kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang.

(Visited 313 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button