Ekonomi

Aneka Jaringan umum pencapaian baru dalam pembinaan dan Tenaga Boleh Diperbaharui di Indonesia

KUALA LUMPUR, 26 OKTOBER 2023 – Aneka Jaringan Holdings Berhad (Aneka Jaringan) pakar pembinaan bawah tanah dan asas, melalui anak syarikatnya PT Aneka Jaringan Indonesia, mengkhusus dalam pembinaan ruang bawah tanah dan asas, telah memperoleh pelbagai projek baharu termasuk projek Tembok Diafragma yang pertama bernilai IDR3.58 bilion (RM1.07 juta), yang merupakan kejayaan penting bagi perjalanan dan pengembangan anak syarikat Kumpulan di Indonesia.

Manakala baki projek yang diperolehi ialah dua kemenangan kontrak Bored Piling secara kolektif bernilai IDR39.77 bilion (RM11.93 juta).

Selain itu PT Aneka Jaringan Energy, anak syarikat Indonesia Kumpulan yang mengkhusus dalam EPC sistem Solar Photovolatic telah menerima pesanan pembelian pertamanya untuk kajian kebolehlaksanaan projek ladang solar 30MWp di Jawa Barat, bernilai IDR450.0 juta ( RM0.15 juta).

Kumpulan sejak 3Q23, berjaya memperoleh projek baharu dengan nilai kontrak berjumlah RM232.57 juta.

Ini menjadikan jumlah nilai projek yang dicagarkan untuk TK 2023 kepada RM346.09 juta dan telah mengukuhkan buku pesanan Kumpulan untuk tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2023 kepada RM295.80 juta yang kukuh.

Pengarah Urusan Aneka Jaringan, Pang Tse Fui berkata, kemasukkan syarikat ke dalam sektor tenaga boleh diperbaharui Indonesia melalui PT Aneka Jaringan Energy merupakan perkembangan yang sangat menarik.

“Mendapatkan pesanan pembelian pertama kami untuk kajian kebolehlaksanaan projek solar 30MWp di Jawa Barat adalah satu peristiwa penting. Kami yakin dengan pasukan kami di Indonesia dan kami berharap untuk melihat lebih banyak projek dalam beberapa bulan akan datang,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, PT Aneka Jaringan Indonesia terus menunjukkan hasil yang memberangsangkan, dengan PATnya terus berkembang dari tahun ke tahun.

Aneka Jaringan juga teruja kerana PT Aneka Jaringan Indonesia telah memperoleh projek dinding diafragma yang pertama, menekankan kehebatan teknikal Syarikat dan juga menyerlahkan keyakinan pelanggan kami terhadap kepakaran dan keupayaan syarikat.

Dalam pada itu Aneka Jaringan
mengumumkan pemulihan prestasi kewangannya untuk suku keempat berakhir pada 31 Ogos 2023 4Q FYE2023 dengan hasil sebanyak RM51.52 juta, peningkatan 1.10 peratus berbanding RM50.95 juta pada suku yang sama tahun kewangan sebelumnya (“S4 FYE2022”).

Kumpulan juga mencapai keuntungan kasar RM7.65 juta untuk S4 FYE2023, peningkatan mendadak daripada RM2.96 juta pada S4 FYE2022.

Walaupun terdapat rosot nilai berjumlah RM2.46 juta pada suku tersebut, Kumpulan menjana keuntungan bersih sebanyak RM0.35 juta pada S4 FYE2023, menandakan lantunan semula daripada kerugian bersih RM10.47 juta yang ditanggung pada S4 FYE2022.

Untuk tahun kewangan penuh berakhir 31 Ogos 2023 (“TK 2023”), Kumpulan menjana jumlah hasil sebanyak RM188.58 juta, meningkat 9.59% daripada RM172.08 juta pada tahun sebelumnya.

Keuntungan kasar juga meningkat dengan ketara, beralih daripada kerugian kasar RM8.07 juta pada TK 2022 kepada untung kasar sebanyak RM8.61 juta pada TK 2023.

Tse Fui berkata, pihaknya mengekalkan prospek optimistik yang berhati-hati untuk tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2024 dan menjangka pertumbuhan berterusan dalam aliran hasil utama syarikat didorong oleh pelaburan strategik kami dalam inovasi dan langkah-langkah kecekapan kos.

Sehingga 4Q FYE2023, jumlah buku pesanan Aneka Jaringan telah meningkat dengan ketara kepada RM295.80 juta, dengan operasi Malaysia menyumbang RM282.87 juta dan peningkatan ketara daripada operasi Indonesia menyumbang RM12.94 juta.

(Visited 18 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button