BeritaEkonomi

Mampukah Pos Malaysia bertahan dengan model perniagaan sedia ada?

Pos Malaysia mengalami kerugian pertama pada tahun kewangan lalu sebayak RM165.75 juta menjangkakan terus rugi dalam tempoh dua dan tiga tahun mendatang

Punca kepada prestasi yang tidak baik itu adalah kerana   jumlah mel yang semakin menurun pada setiap tahun dan kos operasi semakin meningkat.

Pos Malaysia juga perlu menghadapi persaingan dengan syarikat kurier  atau pos laju yang semakin banyak diwujudkan.

Pada masa ini SKMM telah mengeluarkan lesen kurier kepada lebih 100 syarikat antarabangsa dan tempatan untuk beroperasi di Malaysia.

Operasi yang tidak efisien kerana tiada integrasi operasi bahagian belakang ( back-end) dan bahagian hadapan ( front-end) juga menyumbang kepada masalah tersebut

 

Perkembangan baru perkhidmatan pos peringkat dunia

Perkhidmatan Penghantaran Pos seluruh dunia bakal menghadapi impak kadar baru yang tinggi bermula Januari 2020 yang ditetapkan oleh terminal Universal Postal Union pada bulan September, selepas Amerika mengugut untuk keluar dari UPU. Kesan dominonya amat tinggi terhadap sistem penghantaran global dan domestik.

Kos penghantaran di seluruh dunia akan meningkat secara anggaran 30% pada Jan 2020. Amerika dibenarkan menetap kadar mereka sendiri dan pada bulan Julai 2020, satu kenaikan lain akan berlaku dijangka sehingga 210%.

Pada 2021, kadar tersebut akan meningkat lagi sebanyak 50%.

 

Aset

Pos Malaysia mempunyai 22,000 kakitangan dengan lebih 3,500 rangkaian dengan pelbagai aset pengangkutan termasuk lebih 6,600 motosikal, lebih 300 van, lebih 350 lori dan lebih 2000 treler.

Segmen yang mencatatkan keuntungan adalah segmen kurier tetapi ia tidak mempu menampung kerugian segmen pos walaupun dibantu oleh perkembangan e-Commerce.

Ini adalah kerana kos perkhidmatan pos meningkat kerana tarif setem dan khidmat pos tidak naik sejak 2010.

Ini meletakkan syarikat berkenaan berdepan dengan cabaran untuk menyelia  perkhidmatan pos sejagat ( universal Service Obligation) kerana jumlah alamat yang semakin meningkat (9.2 juta alamat kini dan meningkat 14% setiap tahun).

Kenaikan kos kakitangan USO dan pada sama yang sama tarif setem terlalu rendah juga memaksa Pos Malaysia memberi subsidi besar kepada segmen mel komersial yang merupakan 95 peratus daripada perkhidmatan yang dijalankan kerana tarif yang rendah tidak seiring dengan perkembangan ekonomi semasa.

 

Kekuatan Pos Malaysia

Pos Malaysa mempunyai rangkaian (network) yang meluas di seluruh negara serta affiliation dengan organisasi pos negara-negara luar melalui Universal Postal Union.

Selain itu ia juga memiliki aset kenderaan yng paling banyak berbanding dengan syarikat kurier dan logistik lain dan memiliki pusat pemproses mel dan parcel yang canggih dan moden ( state-of-the-art).

Pos Malaysia juga memiliki jumlah kakitangan yg tinggi dan amat berdedikasi yang membawa jenama yang dipercayai serta mempunyai rangkaian logistik yang lengkap ( end-to-end).

 

Pelan transformasi pos

Pos Malaysia perlu meningkatkan jumlah touchpoints pintar seperti parcel locker, mesih layan diri, rakan operator/ kerjasama dgnrangkaian perdagangan strategik yang efisien

Pada masa yang sama dia harus mampu menyediakan peluang entrepreneurship kepada kakitangan posmen untuk menjadi rakan penghantar sekaligus merasionalisasikan pusat pemerosesan mel untuk memperbaiki kos dan efisiensi

Aspek lain yang perlu ditingkatkan ialah digitalisasi – aplikasi bergerak ( telefon) dan website. Posmen akan menggunakan aplikasi telefon bimbit untuk membuat penghantaran mel dan bungkusan yang akan menjimatkan kos operasi dan masa serta meningkatkan mutu perkhidmatan.

Fokus perlu diberikan kepada memberi pengalaman digital yang tinggi kepada pelanggan. Contoh khidmat SendParcel, penyelesaian eDagang utk IKS/SME yang mempunyai harga berpaturan.

Pos Malaysia juga perlu menyediakan lebih banyak mesin layan diri sebagai smart post office – lebih banyak perkhidmatan dan pada lokasi yang padat/pusat membeli belah

 

Bantuan daripada kerajaan

Bagi memastikan kejayaan pemulihan Pos Malaysia, bantuan kerajaan amat penting dalam menaikkan  kadar tarif setem dengan segera untuk membolehkan Pos Malaysia berdaya saing dan membangun ke era digital.

Kerajaan perlu melakukan liberalisasi  kadar pos terutamanya di peringkat antabangsa yang masih dikawal dan ditentukan oleh kerajaan

Pos Malaysia perlu diberi peluang untuk dapat menaikkan tarif secara berkala bagi membantu Pos bersaing diperingkat antarabangsa.

Tarif domestik yang rendah perlu dikaji semula kerana ia menyebabkan Pos tidak dapat menampung kos khidmat pos yang dikenakan oleh negara-negara asing terutamanya negara maju.

Banyak negara telah melakukan kenaikan tarif secara berkala seperti Royal Mail, Australia, New Zeland dan lain-lain.

(Visited 998 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button