Nasional

Kit Siang sokong Warisan menang tanpa bertanding di PRK Batu Sapi

PENASIHAT DAP Lim Kit Siang menyokong cadangan agar Parti Warisan Sabah (Warisan) menang tanpa bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Batu Sapi nanti.

Jelas Kit Siang, langkah berkenaan adalah demi kesihatan serta keselamatan para pengundi di kawasan tersebut yang berada di Sandakan, dan juga demi kesihatan serta keselamatan rakyat Sabah dan Malaysia.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, dengan berbuat demikian Malaysia boleh menjadi contoh kepada dunia.

“Marilah kita tunjukkan kepada seluruh dunia, yang pemimpin politik di Malaysia juga mampu untuk belajar daripada kesilapan masa lalu dan boleh menjadi inspirasi serta tauladan baik untuk menggerakkan semua rakyat, tanpa mengira latar belakang parti politik, kepada usaha memenangi peperangan melawan wabak Covid-19, dengan bersetuju untuk memberikan laluan kepada seorang calon daripada Warisan untuk menang tanpa bertanding dalam PRK Batu Sapi,” katanya.

Pengerusi Bersama Jawatankuasa Undang-undang Perlembagaan Majlis Peguam, Andrew Khoo sebelum ini mencadangankan agar parti politik tidak menyertai PRK Batu Sapi.

Menurutnya, mereka perlu dan membiarkan calon Warisan menang tanpa bertanding demi kesihatan dan keselamatan pengundi di situ, yang terletak di Sandakan.

Andrew berkata ahli politik dari kedua belah pihak perlu mengetepikan perbezaan dan menunjukkan mereka peduli dengan peningkatan kes Covid-19.

“Bola kini berada di dalam gelanggang Perikatan Nasional, Barisan Nasional, dan PBS,” kata Kit Siang.-SM

Kerusi Parlimen P185 Batu Sapi kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Liew Vui Keong dari Warisan.

Liew, 60, yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), menghembuskan nafas terakhir di Hospital Gleneagles, Kota Kinabalu dipercayai akibat jangkitan paru-paru.

Semalam Dewan Rakyat mengemukakan pemberitahuan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kekosongan luar jangka kerusi Parlimen Batu Sapi, Sabah.
Ia berikutan kematian penyandangnya ketika menerima rawatan di Hospital Gleneagles, Kota Kinabalu pada Jumaat lalu.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun memaklumkan bahawa SPR perlu mengisi kekosongan luar jangka kerusi tersebut dalam tempoh 60 hari dari tarikh pemberitahuan itu diterima.
“Selaras dengan Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan, pihak SPR hendaklah mengisi kekosongan luar jangka Kerusi Parlimen Kawasan P.185 Batu Sapi, Sabah dalam tempoh 60 hari dari tarikh dipastikan oleh SPR bahawa ada kekosongan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.-SM
(Visited 106 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button