Ekonomi

Pemegang saham lulus dividen tahun kewangan 2022

SHAH ALAM 23 Mei _ Leon Fuat Berhad (Leon Fuat), pengeluar dan peniaga produk keluli terutama dalam keluli bergulung panjang dan rata, mengumumkan para pemegang sahamnya telah meluluskan pembayaran dividen 1.5 sen sesaham bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022.
Selain itu, para pemegang saham juga turut meluluskan semua resolusi di Kumpulan AGM ke-16 hari ini.
Pengarah Eksekutif Leon Fuat, Calvon Ooi Shang Haw berkata, syarikat mengadakan AGM secara fizikal dengan lancar dan ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menjayakan mesyuarat pemegang saham ini.
Kumpulan berhati-hati optimis terhadap prospek untuk TK2023 dan akan terus mencari peluang untuk mempelbagaikan produk dan perkhidmatan serta asas pelanggan untuk memastikan kemampanan pendapatan.
“Kami juga akan terus memantau harga keluli serta mata wang asing yang berkaitan dan mengambil langkah proaktif seperti melalui rundingan kontrak hadapan dan pengurusan inventori berhemat untuk mengurangkan risiko kepada perniagaan,’ katanya di sin hari ini.
AGM itu juga turut meluluskan resolusi untuk memilih semula Ooi Seng Khong, manakala Ooi Kong Tiong dan Ng Kok Teong sebagai pengarah juga telah diluluskan termasuk dengan resolusi untuk mengekalkan Chan Kee Loin, Tan Did Heng dan Tan Sack Sen sebagai pengarah bebas.
Baker Tilly Monteiro Heng PLT juga telah dilantik semula sebagai juruaudit Kumpulan untuk TK2023, dengan pemegang saham turut memberi kuasa kepada pengarah untuk menetapkan imbuhannya
Ooi berkata, pihaknya ingin mengucapkan terima kasih kepada para pemegang saham yang menghadiri AGM fizikal kami yang membolehkan kami mengadakan penglibatan yang berkesan dan yang telah bersama kami melalui suka dan duka.
Kumpulan menghargai kepercayaan dan keyakinan mereka dan akan terus berusaha untuk mencipta nilai walaupun menghadapi prospek ekonomi makro yang mencabar.
“Kami melihat secara positif pengumuman baru-baru ini mengenai pertumbuhan ekonomi Malaysia yang lebih baik daripada jangkaan 5.6 peratus tahun ke tahun kerana ini merupakan petunjuk yang baik bagi kekuatan ekonomi negara yang kami ingin manfaatkan,” katanya lagi.

(Visited 80 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button