fbpx
Hiburan

Anak pelawak Ali Putih kembali ke rahmatullah

PUTERI kedua kepada pelawak Ali Puteh, Sharifah Ainul Nur Mardhiah telah kembali ke rahmatullah pagi ini.

Ali dan isterinya, Melati reda dengan pemergian anak mereka itu dan mereka sudah bersedia untuk menghadapi saat itu.

Menurut Ali, walaupun dia dan isterinya tidak kuat sebenarnya tetapi itulah ketentuan-Nya

Ali memberitahu, doktor sudah memaklumkan keadaan anaknya itu pada Jumaat lalu yang bergantung kepada mesin bantuan pernafsan.

Sharifah Ainul Nur Mardhiah,  disahkan meninggal dunia selepas mesin bantuan pernafasan di cabut kira-kira jam 11.30 pagi ini.


 

“Doktor pun dah mula gembira, tetapi apabila mesin dicabut Ainul tidak bernafas. Paru-parunya hanya berfungsi 20 peratus.

“Dan satu lagi pembedahan dilakukan dan doktor beritahu hari Isnin mesin akan ditanggalkan dan memintan saya serta isteri redha dengan apa jua kemungkinan.

“Ainul mahu bersama kami walaupun hanya dua bulan…,” katanya seperti yang dipetik dari Astro Gempak.

Sharifah Ainul Nur MardhiahAinul, yang berusia dua bulan mengalami masalah injap jantung terbalik dan jantung berlubang sejak dilahirkan.

 

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button