HiburanKesihatanNasional

Allahu.. Siti Sarah Raissuddin Hembuskan Nafas Terakhir 5.13 Minit Pagi 9 Ogos 2021

Suami kepada penyanyi Siti Sarah Raissuddin, Shuib Sepahtu memuat naik satu status pagi ini menyatakan isterinya telah menghembuskan nafas terakhir pada 5.13 minit pagi.

Tulis Shuib Sepahtu menerusi hantaran di Facebooknya, Siti Sarah telah pergi buat selamanya dan mohon sedekah al-Fatihah.

“Bidadari syurga saya pergi buat selamanya. Mohon sedekahkan al-Fatihah. Siti Sarah bt Raissuddin,” tulisnya.


Terdahulu, Shuib dimaklumkan oleh doktor bahawa tahap oksigen isterinya sudah menurun sehingga 40 peratus dan majlis bacaan Yassin untuk Siti Sarah diadakan malam tadi.

Turut bersama dalam majlis yang disertai lebih 900 orang itu ialah pakar motivasi, Datuk Dr. Mohd Fadzillah Kamsah dan rakan selebriti anrtaranya Ziana Zain, Anuar Zain, Sherry Alhadad, Bob Yusof dan Liza Hanim.

(Visited 558 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button