Politik

Nizar, anak Bossku bertanding di Chini?

UMNO tidak menolak sekiranya anak kepada bekas Presidennya, Mohd. Nizar Mohd. Najib (Bossku) bertanding bagi mengisi kekosongan di Dewan Undangan Negeri Chini.

Bagaimanapun, hal demikian masih lagi suatu spekulasi ekoran terdapat ura-ura dan cadangan supaya beliau dicalonkan.

BACA > Serumpun bak serai, sesusun bak sireh — Suara Merdeka

Menurut Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, Mohd. Nizar layak sekiranya dicalonkan kerana mempunyai perwatakan yang baik.

“Dia pun ada kelulusan, hubungan dengan rakyat bagus, rakyat suka dia sebab tak sombong.

“Ada dengar ura-ura kemungkinan dia jadi calon. Dia ada tempat dalam parti, dia ketua Pemuda UMNO bahagian dan layak jadi calon,” katanya seperti dilaporkan Malaysiakini hari ini.

Justeru, beliau juga akan memberikan sokongan kepada sesiapa sahaja yang menjadi pilihan parti asalkan diterima oleh rakyat.

BACA > Sumbang Kepada Masjid Dengan Barangan Kitar Semula – Raja Muda Perlis — Suara Merdeka
BACA > Tanggungjawab penerbit sediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan — Suara Merdeka

“Asalkan diterima rakyat, wajar dimenangkan di Chini.

“Saya sokong siapa juga yang diterima oleh rakyat, kalau dia diterima, saya sokong,” ujarnya.

Terdahulu, penyandang kerusi DUN itu, Allahyarham Datuk Seri Abu Bakar Harun menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung pada 7 Mei lalu.

Susulan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarkih penamaan calon pada 20 Jun dan Pilihan Raya Kecil (PRK) akan diadakan pada 4 Julai.

BACA > Sukarnya menjadi orang baik — Suara Merdeka
BACA > Zahid terima kunjungan Najib, siap hadapi PRU-15 — Suara Merdeka

SPR turut menetapkan tarikh bagi hari pengundian awal adalah pada 30 Jun.

Dalam perkembangan lain, Pakatan Harapan juga belum memutuskan lagi sama ada akan meletakkan calon di DUN Chini.

Bagaimanapun, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang, Fuziah Salleh menyatakan tidak akan membiarkan BN menang percuma di PRK Chini. – SM

(Visited 344 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button