Politik

Air: Pemuda Pas Selangor desak MB Selangor letak jawatan

DEWAN Pemuda PAS Negeri Selangor mendesak Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berikutan kegagalan beliau menangani isu bekalan air di negeri tersebut.

Ketuanya berkata, isu pencemaran air di Selangor yang berlaku berulang kali hampir setiap bulan menunjukan Amirudin tidak mempunyai keupayaan untuk menyelesaikan isu tersbeut.

“Dewan Pemuda PAS Selangor mendesak agar Amirudin meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor atas kegagalan mengurus isu air Selangor yang kini sampai tahap tidak berkesudahan.

“Saya tidak dapat bayangkan apa yang rakyat terpaksa hadapi dalam tempoh PKPB ini, 1.2 juta pemegang akaun yang terlibat melibatkan rutin harian dan perniagaan. Aktiviti harian sudah pasti terjejas dan akan mengalami kerugian,” kata Hanafi.

Hanafi Zulkapli

Menurut Hanafi, rakyat Selangor terpaksa berhadapan dengan isu tersebut berulang kali kerana kerajaan negeri memberi muka kepada syarikat dan industri yang tidak berlesen tetapi tidak haram bagi kerajaan.

Hanafi berkata, isu gangguan dan pencemaran air di Selangor merupakan bukti kegagalan PH dalam mengurus kepentingan rakyat di negeri itu.

Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Selangor akan terus membantu rakyat dalam tempoh henti tugas operasi air kali ini dengan mengarahkan semua para anggotanya melalui Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor bersiap sedia dengan “Ops Air Untuk Rakyat”.

Operasi tersebut akan memberi fokus bantuan penyedian air bersih dilokasi-lokasi yang kritikal.

Lebih 1 juta pengguna di 1,279 kawasan di Lembah Kelang mengalami bekalan air akibat penutupan Loji Rawatan Air Rantau Panjang, Fasa 1, Fasa 2, dan Fasa 3 semalam.

Gangguan bekalan tidak berjadual membabitkan tujuh wilayah itu berlaku pencemaran bau seakan pelarut di Sungai Selangor.

Sejak awal tahun ini, Selangor mengalami sembilan kali pencemaran air yang menjejaskan bekalan air bersih kepada pengguna.

Sebelum ini Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru negeri Ng Sze Han berkata terdapat 869 kilang tanpa kebenaran di sekitar sungai, sebahagian besarnya terletak di hilir sungai atau selepas muka sauk loji rawatan air (LRA).

Daripada jumlah 869 kilang tanpa kebenaran di sekitar sungai, 546 adalah di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Subang Jaya (23), Majlis Perbandaran Klang (20), Majlis Perbandaran Kajang (155), Majlis Perbandaran Selayang (75), Majlis Perbandaran Sepang (dua), Majlis Perbandaran Kuala Langat (27), Majlis Daerah Kuala Selangor (14) dan Majlis Daerah Hulu Selangor (tujuh).-SM

 

 

(Visited 314 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button