Nasional

Pengusaha kantin perlu diberi geran, lanjutan kontrak – Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerajaan memberi geran dan melanjutkan kontrak pengusaha lebih 10,000 pengusaha kantin yang terjejas kerana penutupan sekolah.
Ketua Pembangkang itu berkata, sekolah yang ditutup sehingga 17 Disember dikhuatiri menyebabkan pengusaha terbabit terpaksa gulung tikar.
“Keputusan tergesa-gesa tanpa ambil kira nasib para pengusaha kantin adalah mengecewakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu beliau menuntut penjelasan daripada kerajaan khususnya menteri pendidikan berhubung itu berkenaan.
“Saya nasihatkan kerajaan untuk fikir dan teliti setiap aspek sebelum membuat keputusan yang akan mengesankan rakyat terbanyak, terutamanya ketika zaman getir seperti hari ini,” kata Anwar.
(Visited 134 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button