Uncategorized

PRN Johor: Lapan kerusi dimenangi PH pada PRU14 dirampas BN

JOHOR BAHRU: Sekurang-kurangnya lapan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kembali dirampas Barisan Nasional.

PH yang diwakili Amanah dan DAP ekoran PKR bertanding guna logo sendiri setakat ini gagal mempertahankan kerusi-kerusi berkenaan.

Ini termasuk satu kerusi yang dimenangi Bersatu ketika sebahagian dalam gabungan itu.

Kerusi tersebut adalah Tenang (Bersatu), Bekok (DAP), Gambir (Bersatu), Yong Peng (DAP), Paloh (DAP), Bukit Permai (Bersatu), Pekan Nanas (DAP) dan Pemanis (PKR).

Dalam paa itu BN turut mengekalkan kemenangan di Sri Medan manakala DAP mempertahankan Bentayan.

(Visited 646 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button