Politik

‘Zuraida, betul video itu memang Azmin’

KUALA LUMPUR – “Zuraida, betul video itu memang Azmin, polis jelaskan itu Azmin”.

Itu antara dakwaan yang dibuat Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin secara umum ketika berucap dalam Majlis Makan Malam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang melibatkan sebahagian pemimpin dan ahli PKR di sebuah hotel malam tadi.

Dakwaan itu merupakan antara intipati pertemuan Zuraida dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa bulan lalu di bangunan Parlimen.

Zuraida mendakwa, semasa pertemuan itu, Anwar telah memberitahunya tentang video seks sesama jenis yang dikatakan melibatkan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Dalam ucapannya, Zuraida turut mendakwa Anwar memberitahunya bahawa Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad  telah meminta beliau untuk memecat Mohamed Azmin.

“Saya nak sebut, saya jumpa Anwar dan apa yang dia sebut kepada saya bahawa, Zuraida betul video itu memang Azmin, polis jelaskan itu Azmin.

“Anwar kata, dia (Azmin) ibarat adiknya dan beliau kasihan dengan Azmin, sebelum saya sebut kalau Datuk Seri kasihan dengan Azmin, tolonglah dia. Tapi Anwar cakap, Mahathir suruh beliau (Anwar) pecat Azmin.

“Saya soal Anwar kalau benar kenapa Tun perlu keluar kenyataan Azmin tak perlu bercuti dan boleh teruskan kerja menteri, sebelum Anwar bisik bahawa Tun M tidak konsisten dalam isu itu,” dakwa Zuraida.

Zuraida turut mendakwa Anwar telah menipunya apabila selepas mengakui pemilihan pengerusi negeri akan dirujuk ke mesyuarat, tetapi keesokan harinya Anwar mengumumkan pelantikan pengerusi PKR Negeri tanpa sebarang perbincangan.

Katanya, alasan yang diberikan Anwar atas tindakan beliau itu adalah tergugat dengan berita ketika ke hospital selepas keluar penjara kononnya ada cubaan menggulingkan dirinya dalam parti.

“Saya sebut kepada Anwar kalau ada nak gulingkan Datuk Seri, kita takkan biarkan Datuk Seri menang presiden tanpa bertanding. Tapi kalau Azmin bertanding saya akan sokong Azmin.

“Saya tanya Anwar kenapa dia berbuat demikian kerana selepas jadi presiden terus mengabaikan sumbangan kami sedangkan sekarang kami bekerja keras untuk menang pemilijhan demi kukuhkan parti tapi diganggu.

“Malah pengerusi lantikan Anwar di setiap negeri juga sudah mengetepikan orang kami di sana sehingga terpaksa turun padang sendiri membela nasib mereka demi pengukuhan parti,” tegasnya. – SM

 

(Visited 231 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button