fbpx
Sukan

Aifa, Aira mara ke suku akhir skuasy Terbuka Remaja British

JUARA Terbuka Remaja British tiga kali, Aifa Azman meneruskan persembahan cemerlangnya apabila berjaya mara ke suku akhir kejohanan itu di Birmingham, England pada Jumaat (awal Sabtu di Malaysia).

Aifa, pemain nombor 61 dunia, menewaskan pemain pilihan ke-9/16, Evie Coxon dari England dengan 11-8, 11-3 dan 11-4 pada perlawanan pusingan ketiga kategori Bawah 19 (B-19) wanita di gelanggang kaca University Birmingham, demikian menurut laman web kejohanan https://britishjunioropen.com.

Pemain berusia 18 tahun dari Kedah itu sebelum ini menyapu bersih gelaran juara B-13 pada 2014, B-15 pada 2016 dan B-17 pada 2018.

Turut mengiringi beliau ke suku akhir itu ialah adiknya, Aira yang mengetepikan pilihan ke-9/16 Lucie Stefanoni dari Amerika Syarikat; 11-7, 11-5 dan 11-9 dalam kategori B-17.

Kejohanan yang bermula sejak Rabu, diadakan di empat venue iaitu Edgbaston Priory Club, University of Birmingham Sport & Fitness club, Solihull Arden Club dan West Warwickshire Sports Complex. – BERNAMA


Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button