Bola SepakSukan

JDT rekod kejayaan treble juarai Piala Malaysia

PASUKAN Johor Darul Ta’zim (JDT) mencipta sejarah tersendiri apabila meraih kejayaan treble buat julung kalinya selepas menjulang kejuaraan Piala Malaysia 2022 dengan menewaskan Selangor FC 2-1 pada perlawan final di hadapan kira-kira 80,000 penyokong kedua-dua pasukan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam semalam.

Ia merupkan geleran juara Piala Malaysia kali ketiga diaraih JDT sejak penubuhannya pada 2013 menyaksikan skuad Harimau Selatan itu mampu menyapu bersij trofi yang dipertandingkan tahun ini, susulan pencapaian memenangi saing piala FA dan juga Liga Super, selain meraih Piala Sumbangsih sebelum musim ini bermula.

Dua gol penting yang membawa kemenangan skuad bimbingan Hector Bidoglio itu masing-masing dijaringkan gandingan penyerang import Bergson Da Silva dan Fernando Forestieri sudah cukup untuk menafikan jaringan pembukaan Selangor menerusi sepakan penalty disempurnakan Herlison Caion De Souza Ferreira pada separuh masa pertama perlawanan.

Skuad kendalian Tan Cheng Hoe menampilkan persembahan menarik pada 45 minit pertama dengan mendominasi permainan dengan beberapa siri serangan berbahaya manakala JDT bergelut mencari rentak permaianan apabila Selangor sering kali berjaya mematahkan hantaran pendek mereka ketika di Kawasan tengah.

Skuad Gergasi Merah ternyata bermula cemerlang dan hamper mendahului seawall minit kedua tetapi Gerakan serangan balas pantas pasukan Selangor FC itu gagal disudahkan oleh Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi.

Mereka kemudian terlepas peluang keemas an merobek gawang JDT selepas Caion melepasi perangkap ofsaid gagal merembat kemas bola dalam situasi satu lawan satu berdepan Mohd Farizal Marlias pada minit ke-10.

Selangor sekali lagi tampil dengan serangan berbahaya lapan minit kemudian, kali ini menerusi larian pantas Hein Htet Aung ke dalam kotak penalty, namun rembatan pemain import dari Myanmar itu Berjaya dihalang pertahanan Muhamad Feroz Baharudin.

Selangor akhirnya berjaya memecah kebuntuan menerusi sepakan penalty Caion pada minit ke-45 selepas Matthew Davies menjatuhkan penyerang import dari Brazil itu dalam Kawasan berbahaya, namun JDT pantas menyamakan kedudukan hasil tandukan Bergson pada masa kecederaan babak pertama.

Bersambung babak kedua, JDT tampil berbeza dengan gerakan lebih tersusun untuk menguasai permainan menyaksikan barisan pemain Selangor terpaksa berkerja keras untuk mengekang setiap serangan berbahaya pasukan lawan.

Hasil serangan bertali arus, JDT berjaya meledak jaringan kemenangan pada minit ke-59 dengan Forestieri muncul wira pasukan selepas memanafaatkan bola muntah tampanan Mohd Khairulazhan Mohd Khalid dengan melepaskan rembatan lencong dari dalam kotak penalti untuk gol kedua.

Kemenangan malam semalam menyaksikan JDT Berjaya mengulangi pencapaian memenangi Piala Malysia pada 2017 dan 2019 sekali gus mengubati kekecewaan tewa di pentas final musim lepas kepada KL City FC. Manakala Selangor terus kempunan merangkul sebarang gelaran juara dalam tempoh tujuh tahun selepas kali terakhir menjulang Paiala Malaysia pada 2015.

 

(Visited 147 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button