Politik

Ahmad Zahid selar pemimpin sebuah parti yang tidak serik

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyelar sikap pemimpin yang mengetuai sebuah parti yang dilihat masih tidak serik dan bodoh sombong.

Beliau berkata, beliau didapati mengeluarkan kenyataan tidak akan bekerjasama dengan parti di dalam kerajaan Perpaduan Madani.

AHMAD ZAHID HAMIDI

“Saya memberi respon ini terhadap kenyataan seorang yang mengetuai sebuah parti telah hilang deposit pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15),” katanya pada sidang media selepas menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri UMMO Perlis di Dewan Sivik Arau petang ini.

Ahmad Zahid berkata, sedangkan pada waktu sama gabungan pembangkang jugak tolak mereka.

“Saya ucapkan selamat berjaya kepada parti berkenaan dan teruslah hilang deposit pada PRU akan datang,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, apa yang penting jangan mendabik dada dalam menterjemahkan agenda Islam dan Melayu.

“Ketahuilah bahawa dalam Kerajaan Perpaduan biarpun ia bersifat majmuk tetapi tidak pernahkan abaikan walau satupun suara berkaitan agenda Islam dan Melayu serta tidak akan ketepika agenda agama bangsa lain,” katanya.

Katanya, bangsa lain tidak akan diganggu selagi tidak menganggu agenda Islam dan Melayu.

“Sya seru supaya beliau selesaikan dahulu masalah dalam parti dan baharu komen parti-parti lain di bawah Kerajaan Perpaduan.

Ahmad Zahid hadir di Rumah Terbuka Aidilfitri UMMO Perlis di Dewan Sivik Arau petang ini.

Baru-baru ini di Jitra, Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengesahkan parti itu tidak akan bekerjasama dengan mana-mana gabungan yang turut disertai UMNO dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Ini kerana, jelas beliau, UMNO yang terpalit dengan amalan kleptokrasi tidak selari dengan prinsip perjuangan parti Pejuang.

Beliau, bagaimanapun, berkata, parti pimpinannya masih terbuka untuk perbincangan mengenai sebarang kerjasama terutama dengan pihak-pihak yang berada pada ‘jalur Melayu’. – SM

BACA Belajarlah hormati rakan komponen lain – TPM Zahid Hamidi

(Visited 259 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button