fbpx
Politik

Tun M yakin kerajaan pimpinan Muhyiddin mampu bertahan hingga PRU15

BEKAS Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad yakin pentabiran Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh bertahan sehingga Pilihan Raya Umum ke-15.

Beliau yang diwawancara oleh Sinar Harian malam tadi berkata, Perdana Menteri kelapan itu mempunyai jumlah sokongan yang mencukupi untuk membolehkan beliau terus mengemudi Malaysia sehingga habis penggal.

Menurut Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu, Muhyiddin mampu memberi ‘gula-gula’ untuk bertahan sehingga PRU-15 kerana beliau kini adalah kerajaan.

“Boleh bertahan sampai PRU. Sekarang ini bila dia (Muhyiddin) jadi kerajaan, dia dapat bagi gula-gula kepada banyak orang. Saya dapati beberapa orang yang menjadi penyokong saya, sekarang ini dilantik menjadi menteri, maka mereka berpindah ke sebelah sana.

“Kita dahulu mempunyai kelebihan sebanyak 114 kerusi tetapi sekarang ini jumlah itu makin kurang. Jadi dalam Dewan Rakyat kita hendak bawa usul tidak percaya pun tidak mungkin berjaya. Sebabnya dia sudah ambil orang saya menyebelahi dia.


“Memanglah bila dia tawarkan jadi menteri, susah bagi orang nak tolak. Saya tidak boleh tawarkan apa-apa pun,” katanya dalam satu wawancara eksklusif bersama Sinar Harian.

Wawancara selama selama 80 minit itu adalah temu bual pertama Dr Mahathir dengan organisasi media selepas meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 24 Februari lalu.-SM

 

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button