Politik

20 Ahli Parlimen BN bersetuju lantik Muhyiddin jadi PM ke 10

KUALA LUMPUR: 20 ahli Parlimen dari Barisan Nasional (BN) bersetuju menandatangani akuan bersumpah seterusnya melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-10 dari Perikatan Nasional ekoran BN mengalami kekalahan yang teruk dalam sejarah.

Secara tidak langsung PN dan BN bakal bergabung membentuk kerajaan malah GPS juga bersetuju untuk bersama, sehubungan itu Muhyiddin dijangka mengangkat sumpah di Istana Negara esok jam 2 petang esok.

Menurut Suara.Tv, tindakan ini oleh kerana 20 ahli Parlimen BN tidak bersetuju dengan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang sedang mengatur gerak untuk bergabung dengan Pakatan Harapan yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pada masa yang sama ahli Umno juga mendesak Zahid untuk meletakkan jawatan supaya mendapat ke percayai rakyat semula serta menolak sebarang kerjasama bersama PH kerana tidak mahu dikaitkan dengan parti DAP.-SM

(Visited 845 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button